Artis / Selebriti
” Lagi masuk air Wany lepas beranak eh, haha.. ” – Netizen
Video Wany Hasrita Buat Content ‘Makcik Dodoi’ Di Konti Radio Era Buat Ramai Terhibur. Amboi Wany, Sampai Terlelap Ray Dan Haniff Dibuatnya. Kelakar Juga Wany Ni, Hehe !!
Baru-baru ini satu video yang memaparkan seorang warga emas berzikir seperti seorang ibu sedang mendodoikan anak kecil menjadi viral di TikTok. Sehingga ke hari ini, ramai membuat video content menggunakan suara tersebut dan menggelarkan warga emas itu sebagai ‘Makcik Dodoi’ .
Meninjau di akaun Instagram milik radio Era, dikongsikan video yang memaparkan penyanyi Wany Hasrita menjadi selebriti jemputan pada segmen Petang Era bersama penyampai radio Ray dan Haniff. Namun telatah Wany ketika tiba di konti mencuit hati ramai.
Ketika membuka pintu, Wany memberikan salam terus berzikir seperti ‘Makcik Dodoi’ serta membuat gelagat comel ketika sedang berzikir. Mendengar Wany berzikir, Ray dan Haniff mendodoikan diri mereka sehingga terlelap. Perkongsian video itu telah menarik perhatian ramai.

Di ruangan komen, ada peminat berseloroh mengatakan sejak Wany bergelar seorang ibu, Wany semakin kelakar. Sehingga kini, video tersebut menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Part Wany pegang mikrofon tu paling win.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan terhibur dengan telatah Wany. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Lagi masuk air Wany lepas beranak eh, haha.. Lawak betul tengok muka Wany.. Sekali aku pun ulang-ulang tengok video ni.. “
” Hahahaha funy betul lah ibu Aishah ni.. Comel pula tengok Wany buat.. Kita masih ingat video Wany mintak duit raya tuu. Sempena raya tahun lepas tak silap.. “
” Aishah tengok ibu kamu, hahahahaa.. Makin kelakar lah Wany.. Terus smpai2 dia dodoikan Haniff dan Ray.. Suara ada sama macam makcik viral tu lah.. “
” Ahhh sudah, hahahahahaa comel.. Alhmadulillah makin labuh tudung Wany sejak jadi isteri dan ibu.. Cantik sangat tengok.. “
Makin menjadi-jadi kelakar Wany sekarang. Dapat bayangkan Wany mendodoikan anaknya berzikir seperti ini. Bagi yang mengikuti perkembangan Wany dari dahulu pasti mengetahui yang Wany ini seorang yang ‘masuk air’. Ada sahaja telatah Wany membuat para peminatnya tersenyum.

Untuk sekadar info, Wany atau nama sebenarnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah telah mendirikan rumahtangga bersama jejaka pilihannya Mohd Al-Adib Fahmi Harun. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada bulan Julai yang lalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je, wanyhasrita
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti1 day ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedih sangat part dia minta maaf tu, memang nangis aku. Lembutnya Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin



