Artis / Selebriti
” Muka main peranan betul, jelingan eksyen tu paling tak tahan, haha.. ” – Netizen
Video Gelagat Isteri Fizo Omar, Fazeera Nazri Melakukan Kerja Rumah Sambil Menjaga Anak Buat Ramai Terhibur. Makin Kelakar Lah Fazeera Ni. Part Reaksi Muka Tu Paling Win !!
Bagi yang suka mengikuti perkembangan pelakon Fizo Omar di akaun Instagram pasti mengetahui yang Fizo suka membuat video lawak bersama isterinya iaitu Fazeera Nazri. Ada sahaja telatah pasangan ini membuat warganet dan para peminat mereka tak kering gusi ketawa.
Terbaru, Fizo telah memuatnaik video yang memaparkan Fazeera membuat kerja rumah sambil mendukung anak. Pada awalnya, Fizo mahu membuka bungkusan roti tetapi tidak boleh kerana sedang mendukung anaknya, Khaleeda. Melihat Fizo tidak mampu melakukan hal tersebut, Fazeera mengambil Khaleeda dan terus menunjuk cara dia membuka roti kepada Fizo.
Bukan itu sahaja, beberapa perkara lagi dilakukan Fazeera seperti menjemur baju di ampaian, menyapu sampah dan mengemas katil dengan mudah sambil mendukung Khaleeda. Akui Fizo, sangat kagum dengan ibu-ibu di luar sana dapat melakukan kerja rumah meskipun dalam masa yang sama menjaga anak.
Perkongsian video baru itu sekali lagi menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan suka menonton lakonan Fizo dan Fazeera dan memuji Fazeera sudah pandai berlakon. Sehingga kini, video tersebut menerima ratusan komen serta belasan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur dengan lakonan Fizo dan Fazeera. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Sambil goreng ikan blh cuci pinggan,tinggai jap pi sapu ruang tamu, jemur bju, buang smpah jap smbung alik tgk ikan kt kuali td.. “
” Muka main peranan betul, jelingan eksyen tu paling tak tahan, haha.. Eksyen habis lah tu semua benda mampu buat kan, haha.. “
” Laki kalo suh mengasuh anak, dis mmg buat yg tuh je.. Takde nak masak, basuh dan sidai baju or kemas rumah, hahaha.. Pastu terus tersidai penat.. “
” Dalam pada miltitasking pelbagai benda tu pun dia boleh shopping sekali tau Fizo.. Haaaa mak2 memang boleh buat macam2 skaligus kan Fazeera.. “
” Mak2 serbo bole.. Girlpower.. Tapi jgn tunjuk kan skill kita tu kat encik suami. Nnti encik suami tak nak tolong hehehehe.. “
” Aku tak boleh blah betul lah dengan dua laki bini ni, memang lawak betul kalau buat video.. Fazeera tu dah boleh ambik job berlakon lah.. “
” Kan.. kita 1 tngn pun blh wt kje smbil dukung ank. Tp suami mnta buat kje dgn dukung ank siap mnta bntuan dan kata ‘tngn sya ade 2 je, tlng la da la dukung adik nih’. Asl kita blh buat knpe dia takblh buat, hehe.. “
Part jelingan mata Fazeera tu kelakar, memang nampak bangga sangat boleh lakukan kerja rumah dengan pantas walaupun sedang jaga anak. Betul lah apa yang dikatakan oleh Fizo, ibu-ibu semuanya memang power. Lebih-lebih lagi yang bergelar suri rumah, semuanya diuruskan sendiri oleh mereka dengan baik.
Silakan SHARE..
Sumber : IG fizoomar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Tak payah la korang suruh dia cakap bahasa Melayu. Lain bunyinya nanti.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Mula-mula dengar happy berbunga-bunga hati. Hujung-hujung pasal Fatima sedih terus. Kesian Fattah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dia punya spontan kalah singer song writer yang tersohor.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Ala kalah la Dekta macam ni. Sedap doo suara Matin. Lock lah macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Part tak payah hantar anak pergi sekolah tu memang berdekah aku gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Anak mana yang nak bapaknya sentiasa dikecam, dibuli dan diherdik.. ” – Ahmad Firdaos Raissuddin
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Mahal video ni, memori yang tak akan berulang lagi. Shuib rindu kan, sengaja buat kami nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Cakap dengan dia, Dekta minat dengan dia tau, okey.. ” – Thalita