Artis / Selebriti
” Dengar Amir azan pun bergenang air mata ni dik.. ” – Netizen
Video Adik Amir Melaungkan Azan Raih Perhatian Ramai. Wah Memang Merdu, Suara Emas Lah. Menusuk Ke Kalbu Laungan Azan Adik Amir Ni. Sampai Nabil, Radin Dan Pak Azad Pun Tersentuh Dengar !!
Meninjau ke akaun Instagram Era, Je, perkongsian sebuah video yang memaparkan adik Amir melaungkan azan telah meraih perhatian ramai. Adik Amir melaungkan azan tersebut di konti Era.je ketika adik Amir dijemput untuk slot di radio Era tempoh hari.
Tanpa rasa segan silu, adik Amir boleh melaungkan azan dengan begitu baik sekali. Suara merdu adik Amir melaungkan azan ini telah menyentuh hati ramai orang termasuk netizen yang menonton video ini. Adik Amir sememangnya memiliki suara emas.
Dapat dilihat pada wajah Nabil, Raden dan Pak Azad yang begitu tersentuh apabila mendengar suara adik Amir melaungkan azan. Adik Amir bukan sahaja boleh menyanyi, malah boleh melaungkan azan, berselawat dan juga mengaji dengan baik.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 57 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik tempoh hari. Adik Amir memiliki pakej yang lengkap dan boleh digilap untuk menjadi seorang yang berjaya di dunia dan juga di akhirat.
Jom tonton video di bawah :
@era.je Allahuakbar, merdunya suara adik Amir laungkan azan🥹 Semoga adik Amir berjaya dalam hidup okay. Jangan pernah giveup 😊 #sharERA Jangan lupa untuk saksikan The Chosen One setiap Rabu, 9PM di Astro Ceria dan Astro Go.
Ramai yang memuji kemerduan suara adik Amir melaungkan azan. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Disebalik kejayaan seorang ank ada doa ibu semoga terus succes adik tq ustaz amirul.. kerana adik Amir, automatik aku follow Era.. “
” MasyaAllah.. kuasa Allah anugerah utk adik amir suara yg merdu.. tersentuh di hati.. aku btl2 kagum ngn adik amir ni..mmg ade aura yg xde pde bdk2 lain.. “
” Sdp tarannum jiharkahnya..inilah tarannum Baginda Muhammad SAW paling suka.. Saya suggest rakam dan buat Suara Azan Baru di Era.Supaya dapat menjadi inspirasi buat kita terutama anak2.. “
” Aku yg non muslim pn blh meremang dngr suara adik ni Azan.. Fnomena mawi world jd kt adik amir. Merduuuunyaa.. “
” Awak belum menang pertandingan tapi awak telah menang di hati seluruh rakyat Malaysia dik. sememangnya itu kejayaan yg paling besar.. “
” Terbaik.. cikgu2 di sekolah adik amir wajar diberi penghargaan.. terutama ustaz2 yg rapat dgn adik amir.. mereka memahami anak2 di sana.. “
” Tan Sri P.Ramle..Sudirman..Dtk Siti…skrng adik amir dgr betul2 ada sesuatu yg luar biasa.. dgar amir azan pun bergenang air mata ni dikk.. “
Ada juga netizen yang mencadangkan agar dirakamkan suara laungan azan adik Amir untuk slot azan solat di radio Era. Mungkin ada bagusnya juga cadangan netizen ini kerana kemerduan suara Amir melaungkan azan ini boleh juga menjadi inspirasi buat kanak-kanak lain.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti5 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wow, ngam pulak duet 2 beradik ni. Sedap sangat, legasi Papa Meng.. ” – Komen Netizen

