Artis / Selebriti
” Sedihnya hati bila dengar Matin cakap macam tu.. ” – Netizen
Keluar Makan Bersama-Sama Atok Raissuddin Dan Odey, Kata-Kata Ariq Matin Setelah Merasai Makanan Itu Buat Ramai Tersentuh. Alahai Matin, Buat Air Mata Jatuh Lah Anak Semoleh Ibu Ni !!
Anak-anak Shuib Sepahtu dan arwah Siti Sarah memang akrab dan manja dengan ayah dan mak tiri Sarah, atok Raissuddin dan Makder atau dipanggil Odey oleh cucu-cucunya. Mereka sering keluar bersama-sama dan menghabiskan masa dengan melakukan banyak aktiviti.
Meninjau akaun Instagram Suciuwais, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Makder, Raissuddin dan cucu-cucu keluar makan di sebuah restoran. Semua mengambil makanan mengikut selera masing-masing dan makan dengan berselera.
Makder pula selalu merakam gelagat cucu-cucunya ini untuk kenangan. Ketika Makder bertanyakan kepada Ariq Matin mengenai makanan yang dipilihnya sedap atau tidak, spontan Matin menjawab ‘ sedap, macam ibu masak ‘. Alahai Matin, masih ingat dia pada masakan arwah ibu.

Betul orang kata, masakan ibu adalah masakan yang paling sedap dalam dunia. Air tangan ibu ada power nya tersendiri. Sekali pun sudah bertahun ibu tiada, Matin masih ingat lagi kelazatan makanan yang dimasak oleh ibu dengan penuh kasih sayang tu.
Jom tonton video di bawah :
Lebih 7000 tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian oleh Makder ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sedap macam ibu masak, huhu sed1hnya.. Matin budak kecil ni masih ingat masakan ibu tersayang dia.. Bijak Matin.. ”
” Maten…buat opahcik mengalir air mata.. terima kasih kerana sentiasa ingat pada ibu.. terus sed1h dengar ‘ sedap macam ibu masak ‘.. ”
” Allahuakbar… sedap macam ibu masak.. terlalu rindu matten dekat arw4h ibunya.. jadi anak yang soleh ea matten sayang.. ”
” Ala Matin ni, sedap macam ibu masak tu buat kita sayu lah. Tersentak bila mateen cakap macam tu. alahaii matin… pastinya anak2 ini rindukan masakan arw4h ibu mereka.. ”
” Sed1hnya hati bila dgr Mateen ckp camtu.. rindunya dia pd ibunya.. alfatihah siti sarah raissuddin.. ;;
” Sedap macam ibu masak.. sed1hnya rindu masakan ibu.. Mateen ingat jugak dekat arw4h ibu dia.. ”
” Matinn.. dengar ayat ‘sedap macam ibu masak’ terus nang1s aku. Semoga menjadi anak yang baik Matin sayang.. ”
Anak mana yang akan lupakan masakan ibu. Itu ‘ rasa ‘ yang ibu tinggalkan untuk anak-anak. Semoga anak-anak soleh ibu ini akan sentiasa ingat ibu di sana dan mendoakan agar arw4h ibu tenang serta ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Suciuwais
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah macam pak Arab yang jual kat Mekah tu. Apa-apa pun, segak dia ni, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali seorang lelaki served aku makan macam tu yer.. ” – Erma Fatima
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sekejapnya Ayash dah 5 tahun. Bermakna dah 5 tahun ibu tinggalkan orang tersayang.. ” – Komen Netizen



