Artis / Selebriti
” Sedih pulak baca ayat Zaki ni. Rasa yang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata.. ” – Netizen
Video Dan Gambar Sekitar Majlis Sambutan Hari Lahir Zaki Yamani Cur1 Perhatian Warganet. Ucapan Dato’ Jamal Untuk Zaki Buat Warganet Tersentuh. Ayat Kapsyen Zaki Untuk Baba Pun Touching Sangat !!
Zaki Yamani merupakan anak kedua Raja Pop Dato’ Jamal Abdillah iaitu anak hasil perkahwinan Dato’ Jamal bersama Fatimatuzahra Samad. Beberapa tahun yang lalu, Zaki pernah memberitahu yang dirinya jarang bertemu dengan babanya dan menyuarakan rasa rindunya.
Namun itu kejadian dahulu dan kini ikatan hubungan mereka semakin erat dan rapat. Meninjau akaun Instagram Zaki Yamani, telah dikongsikan beberapa buah posting yang memaparkan suasana ketika sambutan ulangtahun kelahiran Zaki yang ke 17 tahun.
Zaki memuatnaik gambar-gambar dan video yang diambil ketika majlis itu berlangsung. Mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis hari lahirnya, Zaki kelihatan begitu segak memakai sut berwarna hitam. Istimewanya pada tahun ini adalah Dato’ Jamal hadir di sambutan hari lahir Zaki.
Dato’ Jamal menyanyikan lagu happy birthday untuk Zaki dan selepas itu memberikan sedikit ucapan. Dato’ Jamal mengatakan dia kesal kerana ‘hilang’ zaman Zaki ketika kanak-kanak dahulu. Zaki pula di kapsyennya menulis ini merupakan kali pertama Babanya ada pada majlis hari lahirnya setelah 17 tahun. Alahai tangkap sayu ayat anak dan ayah ni.
Jom tonton video di bawah :
@jnet_tul Epik moment semasa birthday @zakyie bersama Baba tersayang #jamalabdillah . . #Sweet17ZakiYamani #zakiyamani #zakiyamanilovers #jamalabdillahlegends #fyp #malaysiatiktok #artislegend #jamalabdillah #kenangantakbisadilenyapkan
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )
Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian oleh Zaki ini. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Hahaha imbau 17 tahun dulu lama benau.. luah dalam keadaan dah terlambat hehe. kita doa dia bahagia je sis.. ”
” Kasih ayah sepanjang masa takkan pernah putus walaupun selama 17 tahun manapun diorang takkan pernah lupa. Redha mak ayah Allah maka Allah pun redha dengan kita sebagai anak. Goodluck Zaki in your future career.. ”
” Happy Birthday Zaki.. ya Allah sedapnya suara babanya punnn walau bukan nyanyi di dinner show.. Alhamdulillah babanya sudi hadir dan memeriahkan majlis, mungkin ada masalah2 di masa lalu yang Zaki tak tahu, hanya ibu dan baba Zaki yang tahu, semoga hubungan anak beranak baik2 saja moving forward.. ”
” Kasih tak kan putus wlw sejauh mana.. Demi anak, yg keruh dilupakan… begitulah hati setiap ibu n bapa. Akak doakan good luck utk SPM dan life zaki yea.. ”
” Ermm ayat zaki so touching.. insyaallah moga yg ke hadapan baik baik saja .. moga ikatan kasih syg ayah anak bertambah baik dan rapat semula.. ”
” HB zaki… semoga sentiasa dlm rahmat Allah… blum terlambat masa yg ada n akan dtg guna sebaiknya utk menjalinkan kasih sayang bersama baba yer.. ”
” Sedih pulak baca ayat Zaki ni. Rasa yang dapat nak digambarkan dengan kata-kata kan. 17 tahun lama tu, alhamdulillah Allah pautkan kembali kasih sayang anak dan ayah.. buang yang keruh ambil yang jernih.. ”
Bak kata pepatah buang yang keruh, ambil yang jernih. Yang dulu biarkan berlalu dan usah dikenang lagi. Apa yang lebih penting adalah masa sekarang yang penuh kegembiraan buat Zaki bersama Babanya. Selamat hari lahir Zaki Yamani dan semoga success dalam pelajaran dan juga kerjaya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Zaki Yamani, TT jnet_tul
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Maaf nyanyuk betul saya tersasul, haha.. ” – Edry Abdul Halim
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Hadie baru 16 tahun tapi MashaAllah matangnya dia. Bijak bercakap, walaupun kena provoke.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” 10 kali saya ulang part Kinah jatuh. Lawak betul tengok, haha.. “- Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dengar jawapan suami Ina. Jawapan orang terpelajar dan berilmu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Seriously betul-betul deep lagu ni. Sedap suara Fattah, suara penuh perasaan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Dah macam nak cari gaduh pun ya, next level Joey ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Allahuakbar, sayunya hati ini. Sedih tengok anak sulung Ina menangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” 1st time dengar Fattah gelak sakan. Malu terus Fattah, merah muka. Kaw-kaw kena, haha.. ” – Komen Netizen