Artis / Selebriti
” Sedapnya suara, terbaik.. ” – Netizen
Video Fatiya Latiff Menyanyi Lagu Teman Nyanyian Asal Iman Troye Sambil Bermain Gitar Raih Pujian Peminat. Wah Merdu Juga Suara Fatiya, Memang Berbakat !!
Nur Fathia binti Abdul Latiff merupakan seorang pelakon dan juga model. Lebih dikenali dengan nama komersial Fatiya Latiff, dia kini sudah lama menyepikan diri dalam dunia lakonan selepas beberapa k0ntroversi yang mel4nda pada dirinya.
Mengintai ke akaun Instagram, video Fatiya menyanyikan lagu Iman Troye berjudul Teman telah dikongsikan. Fatiya menyanyi sambil bermain gitar. Dengan kapsyen ‘ tinggi-tinggi lagi ‘, perkongsian ini telah mendapat ribuan likes dan tontonan.
Tidak dapat dinafikan Fatiya merupakan seorang artis yang sangat berbakat besar dalam bidang seni, bukan sahaja boleh berlakon dengan baik malah dia juga memiliki bakat dalam nyanyian dan bermain alat muzik. Ini bukanlah kali pertama dia menunjukkan bakat nyanyiannya.

Sebelum ini, Fatiya pernah mengeluarkan single di YouTube pada tahun 2018 berjudul Keluarkan Aku. Single tersebut juga mendapat respon positif daripada netizen dan apa yang menarik Fatiya juga boleh menyanyikan lagu berentak rap.
Jom tonton video di bawah :
https://www.instagram.com/p/CJ6Q48qHGUp/
Perkongsian ini telah menerima pelbagai komen daripada netizen. Ada yang memuji nyanyian Fatiya dan ada juga yang rindu dengan lakonan Fatiya. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Rindu nk tngok lakonan fatiya. tak yah nyanyi la. berlakon je da best da. Heyyy long time long see.. so cantik dan beautiful.. “
” Terbaik, rileks sama mcm saya jugak, susah nk ingat lirik, tengok buku. Love it when Lady Bossku fatiya latiff sings any song in her own style.. “
” Wow, hebat. aku tggu je fatiya ni berlakon balik. hmmm. sedapnyaa kak ya nyanyi . Amboi sedap nya suara. apa tajuk lagu tu.. “
Walaupun Fatiya boleh menyanyi namun ramai peminatnya amat merindui lakonan Fatiya di kaca televisyen. Fatiya dahulunya amat popular menerusi drama Ariana Rose di mana dia membawakan Ariana di samping pelakon Keith Foo.

Fatiya sememangnya sangat berbakat dalam lakonan kerana dia boleh menjiwai apa sahaja watak yang diberi. Semoga suatu hari Fatiya membuat comeback bagi mengubati rindu para peminat. Diharap Fatiya Latiff berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fatiya Latiff
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Biarlah Bilal, jangan lah bezakan. Mak bapak dia Ustaz dengan Ustazah.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sebak tengok Ayden peluk YB. Touching bila YB peluk dan usap macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” I tahu Daddy bukannya cinta pun I. Daddy memang kahwin dengan I sebab.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Know that we are always here watching you both from afar sayang.. ” – Siti Hafiza
-
Artis / Selebriti4 days ago” You ni asyik nak cakap pasal arwah isteri you je. You ingat I takde perasaan ke.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wah macam shopping complex. Barang lagi banyak dari dekat butik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ara terkejut, terkesima dia. Daddynya penat pun ada juga masa luangkan untuk anak-anak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya mahu fokus bina rumahtangga dahulu.. ” – YB Syed Saddiq

