Artis / Selebriti
” Bestnya suara Fatiya, meremang dengar. Nyanyi sambil duduk pun sedap, belum lagi berdiri.. ” – Komen Netizen
Video Fatiya Latiff menyanyi lagu Shima, Teringin raih pujian ramai. Fuh sedapnya suara Fatiya. Menyanyi santai sambil duduk pun suara power..
Fatiya Latiff, pelakon wanita yang pernah menjadi sebutan dan pernah juga hilang dari radar peminat. Perjalanan hidup Fatiya dan dugaan yang ditempuh oleh aktres wanita ini membuatkan karier seninya hancur. Namun kini Fatiya kembali membina namanya semula dan muncul dalam drama TV.
Menerusi perkongsian Fatiya di akaun Tiktoknya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan rakaman video Fatiya sedang berkaraoke. Fatiya memilih lagu dendangan asal Shima berjudul Teringin. Ramai yang kagum mendengar suara Fatiya.
Fatiya mempunyai tone suara yang sedap didengar. Lenggok nyanyiannya dan lunak merdunya dipuji oleh ramai warganet. Walaupun Fatiya menyanyi secara santai dan duduk, suaranya tetap power. Bak komen warganet, jika Fatiya menyanyi sambil berdiri tentu lagi meremang mendengar suaranya.

Untuk makluman semua, Fatiya pernah berduet bersama pelakon lelaki popular, Shukri Yahaya menyanyikan lagu OST untuk drama bersiri Dia Isteri Luar biasa. Bagi yang hendak mendengar paduan suara Fatiya dan Shukri, boleh membuat carian di Youtube.
Jom tonton video di bawah :
@fatiyalatiff
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Suara dia mmng sedap..ingt lagi dia nyanyi lagi ,ku tak pernah, dgn sykri yahya best jgk.. ak sangka Fatiya boleh tarik macam ni,paduu.. “
” Bestnya suara fatiya.. mcm suara Diana Danielle… sedap weh.. Buatlah comeback kakya.. please come clean.. ramai je yg still minat kakya.. “
” Dia lah pelakon wanita paling cantik ketika dulu minat dia.. guys suara dia mmg sdp gila ya ingt dlu mse dia brlakon dngn syukri yahya tu yg dia duet mmg best dooh.. “
” Love her still… Ariana rose , she really buat watak tu hidup. Tak puas dengar suara Fatiya ni.. dia nyanyi sambil duduk pun sedap, belum lagi berdiri.. “
” Sedap suara Fatiya.. memang minat Fatiya dari dulu lagi.. Semoga ada semangat baru utk awk sis… awak cantik, ada bakat dan educated. jgn sia² kan..percaya lah ramai yg syg u kat luar sana.. “
” Fatiya mmg boleh menyanyi… wakeup girl… kami nak ariana rose kami bahagia… fatiya should buat lagi, I will always support.. “
” Merduanya suara Fatiya.. sedap sungguh suaranya tu.. terus bangkit kembali Fatiya.. dah semakin lawa sekarang.. suka dengar suara tu, tone dia best. meremang dengar.. “
Tidak dinafikan, suara Fatiya memang lunak dan ianya sedap didengar. Mungkin ini adalah titik permulaan untuk Fatiya kembali bangkit dan mencipta kembali nama dalam industri. Lupakan semua yang sudah berlalu dan jadi Fatiya yang baru. Semoga Fatiya sentiasa murah rezeki dan success selalu dalam karier seni.

Silakan SHARE..
Sumber : IG
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya dengan abang saya tu, kami pernah tak berborak beberapa tahun tau. Jadi.. ” – Zaki Yamani

