Artis / Selebriti
” Sedapnya dengar Amira baca surah Al-Mulk. Love sangat dengar.. ” – Komen Netizen

Video Amira Othman memperdengarkan bacaan Surah Al-Mulk sebelum mengakhiri sesi live raih pujian ramai. Masya Allah, sedapnya suara Amira mengaji, merdu sungguh. Tenang je dengar lenggok suara Amira mengaji tu..
Pada masa ini, nama Amira Othman menjadi sebutan ramai warganet dan apa sahaja yang dilakukan oleh figura ini pasti meraih perhatian. Amira dikenali kerana bakatnya menyanyi dan Amira juga pernah berlakon dalam drama serta menjadi pengacara rancangan TV.
Baru-baru ini tular video Amira mengaji dalam sebuah rancangan. Ianya menerima pujian daripada ramai kerana suara Amira yang merdu itu. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Cik Dotty, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan sesi live Amira bersama adiknya, Irfan Haris.
Sebelum mengakhiri sesi live itu, Irfan meminta Amira untuk membacakan surah Al-Mulk. Amira pada awalnya agak keberatan kerana risau bacaannya tidak betul. Namun Amira akur dan menuruti permintaan Irfan serta meminta viewers yang menonton memperbetulkan sekiranya bacaannya silap.
Betul kata Irfan, suara Amira jika mengaji memang sedap. Lenggok suaranya itu membuatkan semua yang mendengar tidak jemu. Selepas membaca beberapa potong ayat, Amira mengakhiri bacaannya itu dan meminta semua untuk menyambung bacaan masing-masing di rumah.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@cik.dotty Surah Al Mulk by Amira Othman #amiraothman #irfanharis #tiktokmalaysia #masukberanda #tiktokmalaysia🇲🇾 #fypviral #videoviral #trending #artismalaysia #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 700 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alhamdulillah sedap suara mira mengaji.. tenang je dengar suara tu. mendamaikan jiwa, tak puas lak dengar pendek sangat.. “
” Bagus bacaannya tapi kena belajar lagi utk lebih tepat sebutan tajwidnya.. Alhamdulillah tahniah.. “
” Alhamdulillah Amira suara bagus.. merdu sangat.. MasyaAllah. Temukanlah jodoh Kak Long dgn lelaki yg terbaikk buatnya… Aamiin3 Ya Rabbal Alamiin.. “
” Sedap nya dgr Amira baca Surah Al Mulk.. love sangat dengar.. Alhamdulillah sempurna bukan hanya ada wajah yang cantik tetapi akhlak pun baik.. “
Kemerduan suara Amira ini dipuji oleh viewers yang menonton live mereka. Tidak hanya menyanyi, mengaji Al-Quran pun sangat merdu suara Amira. Allah mengurniakan Amira suara yang lunak dan merdu. Tidak puas warganet mendengar suara Amira kerana bacaannya hanya beberapa potong ayat sahaja. Semoga selepas ini Amira boleh berkongsi bacaan yang lebih panjang pula.
Walaupun sedang live, Amira cuba untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat untuk semua yang menontonnya. Semoga Amira terus dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan bertemu jodoh yang terbaik dan gembira selalu bersama insan-insan yang tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Cik Dotty
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Jujur sangat doa tu Amayan. Tak boleh bayangkan kalau Dato’ Vida jadi mak mertua, haha.. ” – Komen Netizen