Artis / Selebriti
” Sedap Umai menyanyi bila makin besar, macam Tokti suaranya.. ” – Netizen
Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza Berduet Menyanyi Lagu Mawarku Dengan Anak Saudaranya, Umai Umairah Raih Pujian Warganet. Wah Dah Besar Umai, Makin Sedap Suara Umai Sekarang. Padu Lah Umai, Ada Iras Suara Tokti Zaman Remaja !!
Penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza mempunyai ramai peminat. Dato’ Seri Siti antara selebriti yang mempunyai pengaruh besar di Malaysia dan negara Indonesia. Selain Dato’ Seri Siti, adik beradik Dato’ Seri Siti iaitu kakaknya, Siti Norsaida dan adiknya, Siti Nursairah juga turut berkecimpung dalam bidang nyanyian.
Anak Siti Nursairah, Ummi Umairah ( anak saudara Dato’ Seri Siti ) atau lebih dikenali sebagai Umai adalah merupakan bintang cilik kelahiran program realiti TV nyanyian kanak-kanak terbitan Astro, Ceria Megastar Ministar di Astro Ceria. Selain itu, Umai juga telah memasuki pelbagai jenis pertandingan nyanyian.
Menerusi akaun Tiktok saniboeymohdismail yang telah diulangsiar di akaun Instagram Berita Kopak, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Dato’ Seri Siti berduet menyanyi bersama Umai. Kedua-dua mereka menyanyikan lagu bertajuk ‘ Mawarku’ yang pernah Dato’ Seri Siti menyanyi bersama kumpulan 2 By 2 suatu ketika dahulu.

Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan suara Umai sekarang semakin merdu semenjak dirinya menginjak dewasa. Sehingga kini, video itu telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tontont video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan memuji suara duet Umai bersama Dato’ Seri Siti. Antara komen-komen menarik adalah :
” Woww sedap betul suara Umai ni, kejap dah besar dia kan. Memang gaya menyanyi tu sebiji macam Tokti lah.. Best dengar.. “
” Alaaa tak puas lah dengar, sedap telinga dengar tau.. Umai makin besar ada iras Tokti zaman remaja dahulu.. Moga Umai terus maju jaya.. “
” Sedap Umai menyanyi bila makin besar, sedap macam Tokti suaranya.. Tokti pun layan betul dengar anak saudara dia menyanyi.. “
” Umai ni ada potensi jadi penyanyi terkenal satu hari nanti.. Suara dia part tarik tu memang best dengar.. Dah tak de suara budak2 dia lagi.. “
” Umai dah besar lah.. Nyanyi pun makin merdu betul.. Suka dengar suara Mak Iti.. Maintain je dari muda smpai lah sekarang.. “
” Masyallah Tabarakallah alhamdulillah superrrr amazingly.. Mana tumpahnya kalau tak ke kuah kan.. Sedap lah suara Umai, power betull.. “
” Masha allah Umai dh besar brp umur Umai dh? Suara pon dh hampir sama dg Tok Ti.. Hebat anak ni menyanyi memang mewarisi bakat Dato Siti.. “
Alahai gandingan paling mantap, mendengar suara Umai menyanyi terus teringat zaman Dato’ Seri Siti zaman muda-muda dahulu. Apa-apa pun semoga Umai terus maju jaya dalam bidang nyanyian dan menjadi anak yang baik buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG beritakopak, Tikt0k saniboeymohdismail
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Biarlah Bilal, jangan lah bezakan. Mak bapak dia Ustaz dengan Ustazah.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sebak tengok Ayden peluk YB. Touching bila YB peluk dan usap macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Know that we are always here watching you both from afar sayang.. ” – Siti Hafiza
-
Artis / Selebriti5 days ago” I tahu Daddy bukannya cinta pun I. Daddy memang kahwin dengan I sebab.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti5 days ago” You ni asyik nak cakap pasal arwah isteri you je. You ingat I takde perasaan ke.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ara terkejut, terkesima dia. Daddynya penat pun ada juga masa luangkan untuk anak-anak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya mahu fokus bina rumahtangga dahulu.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Di depan orang yang kita sayang, memang kita jadi superhero. Di depan orang yang kita tak sayang.. ” – Raf Yaakob

