” Sebutan tu lancar betul, kal4h kita yang dah tua ni.. ” – Netizen

Azrinaz Mazhar Hakim Kongsi Video Thr0wback Anakandanya, Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah Ketika Kecil. Wah Pandainya Puteri Ameerah, Lancar Bacaan Surah Yasin !!

Sekalipun terp1sah jauh, bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim tidak pernah melupakan 2 orang anakandanya di Brunei. Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dan Putera Abdul Wakeel kini sudahpun remaja kedua-duanya.

Meninjau akaun Instagram Azrinaz Mazhar Hakim, telah dikongsikan satu video thr0wback yang memaparkan Puteri Ameerah ketika masih kanak-kanak. Menurut Azrinaz, video ini dirakamkan sendiri olehnya ketika itu.

Cerita Azrinaz lagi di kapsyennya, puterinya ini sudah mula menyebut bacaan ayat suci Alquran daripada surah Yassin ketika Ameerah berusia 2 tahun. Comel sekali wajah Puteri Ameerah ketika kecil, tak banyak berubah dengan wajahnya sekarang.

Bacaan Puteri Ameerah ini mendapat perhatian dan pujian daripada peminat. Ramai juga yang kagum dengan kebolehan Puteri Ameerah menghafal ayat-ayat surah Yasin ini dan bacaannya juga lancar kedengaran.

Jom tonton video di bawah :

Sejak video ini dimuatnaik, ianya telahpun ditonton lebih 80 ribu tontonan. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :

” Masya Allah, pandainya Puteri Ameerah. Bijak walaupun masih kecil waktu ni. Hopefully she will always remember you.. “

” Rindu seorang ibu, seb4k pula tengok. Hebatnya Puteri Ameerah, sejuk perut ibu mengandung. Alhamdulillah.. “

” Comelnya dia, moga dalam rahmat Ilahi Tuanku Princess. Semoga mereka berdua juga selalu merindui CP seperti CP merindui mereka.. “

” Proud of her and you. Hebat Puteri Ameerah, bijaknya dia sebutan tu lancar betul. Kal4h kita yang dah tua ni.. “

” Adorable princess Ameerah, clever girl. Anak solehah ni, terang hati ni. Mudahnya tengok Puteri Ameerah hafal Yasin. Laju je sebutan.. “

” Subhana Allah sejuk perut ibu mengandung Puteri Ameerah. Saham akhir4t, terang hati betul si comel ni. Lancar dan tenang je dengar bacaannya tu.. “

” Comel, cantik dan bijak. Terang hati dia, kecik dah boleh hafal Yassin. Anak yang hebat, tentu bangga ibunya.. “

Alhamdulillah, kata orang melentur buluh biar dari rebungnya. Hasilnya pasti akan membanggakan hati kedua ibu bapa. Semoga Puteri Ameerah sentiasa menjadi anak yang solehah dan ditenangkan hatinya untuk menimba ilmu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Azrinaz Mazhar Hakim

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..