Connect with us

Artis / Selebriti

” Aahh sudah, nak ibu hantar pergi school naik basikal pulak, haha.. ” – Netizen

Video Gelagat Siti Aafiyah Mahu Naik Basikal Sebelum Pergi Belajar Buat Ramai Terhibur. Part Datuk Siti Nurhaliza Bagi Arahan Kepada Aafiyah Tu Comel Je Dengar, Dah Macam Menyanyi Pula !!

Anak penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah ini turut mempunyai ramai peminatnya. Malah ada sahaja perkongsian video mengenai gelagatnya pasti mendapat perhatian ramai kerana terhibur melihat gelagat comelnya itu.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Aafiyah Khalid, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Aafiyah sebelum ke kelas belajarnya. Menerusi video itu, Aafiyah telah menyatakan yang dia mahu ibunya menghantarnya ke ‘school’ dengan menaiki basikal.

Lalu, kelihatan Aafiyah telah menaiki basikal comel miliknya di kawasan rumah. Kedengaran dalam video tersebut Datuk Siti telah memberikan arahan kepada Aafiyah ketika menunggang basikal. Perkongsian video itu telah mendapat perhatian ramai.

Sudah berusia tiga tahun, Aafiyah kini begitu petah bercakap. Menerusi video itu juga, cara Aafiyah kelihatan matang dari usianya. Sehingga kini perkongsian video tersebut telah mendapat lebih 5 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke Instagram.

Ikuti perkongsian video tersebut di bawah ini :

View this post on Instagram

A post shared by Aafiyah Khalid (@aafiyahkhalid)

Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat Aafiyah dalam video tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :

” Aahh sudah, nak ibu hantar pergi school naik basikal pulak, haha Aafiyah2, comel je tengok perangai dia.. “

” Ni mesti asyik tengok ibu naik basikal je, tapi ibu tak ajak join kan. Comel dengar Datuk Siti sebut paddle paddle, sedap dah macam menyanyi pun ada.. “

” Alahai sedapnya suara mak Etty. Afiyah suruh ibu beli strider laa. Kjap ja nnt dah pndai kyuh tnpa roda kiri kanan tu.. “

” Tokti bercakap pn dan mcm menyanyi, sedap suara. Comel lah tengok budak ni, ger4m sangat2.. “

” Motivasi tinggi, janji bukan basikal tua ya ibu, hehe. Suka tengok cara Datuk Siti layan anak dia, sweet.. “

” School dalam rumah je Aafiyah, alahai kena juga naik basikal satu round. Makin besar, makin banyak akal betul Aafiyah.. “

” Budak bijak ni, cara dengar dia cakap pun tahu Aafiyah ni cepat belajar, sebutan percakapan dia pun teratur.. “

Comel lah tengok gelagat Aafiyah sebelum pergi belajar. Ibu pun terbaik lah, melayan je peranga1 anak tu. Apa-apa pun, semoga Aafiyah belajar rajin-rajin, jadi anak yang pandai, taat dan sentiasa membahagiakan kedua orang tuanya.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Aafiyah Khalid, Ctdk

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT