Artis / Selebriti
” Dia boleh tak bagi ibu duduk atas katil. Bertuah betul lah budak ni, haha.. ” – Netizen
Video Gelagat Siti Aafiyah Bersama Ibunya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza Ketika Satu Sesi Temuramah Buat Warganet Terhibur. Amboi Aafiyah, Siap Bagi Isyarat ‘Warning’ Yer Dekat Ibu, Tak Bagi Duduk Atas Katil Dia, Haha. Part Cita-Cita Aafiyah Tu Tak Sangkanya !!
Meninjau di akaun Tiktok milik LenteraCreativeHome telah berkongsi satu video yang memaparkan satu video temuramah bersama penyanyi tersohor, Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan anak sulungnya, Siti Aafiyah. Menerusi video itu, dua beranak ini sedang ditemuramah di dalam bilik tidur baru Aafiyah.
Kedengaran seorang wanita telah mengatakan kepada Dato’ Siti ingin bertanyakan 10 soalan mengenai Aafiyah. Ketika Dato’ Siti mahu duduk di atas katil, Aafiyah telah memberikan isyarat agar ibunya itu tidak boleh duduk di atas katilnya.
Gelagat Aafiyah itu telah membuat Dato’ Siti tersenyum dan sempat Dato’ Siti menyakat mengatakan Aafiyah begitu ‘over’ . Seterusnya beberapa soalan telah diajukan seperti mengenai makna nama Aafiyah, Aafiyah lebih manja dengan Dato’ Siti atau pun ayahnya, Datuk Khalid. Aafiyah menjawab dia sangat manja dengan kedua-dua ibu bapanya.

Selain itu, wanita tersebut turut bertanyakan cita-cita dan impian Aafiyah apabila dewasa nanti. Adakah Aafiyah akan menjadi seorang penyanyi seperti Dato’ Siti. Dengan pantas, Aafiyah memberitahu yang cita-citanya nanti ingin menjadi seorang ustazah.
Tonton video di bawah ini :
@lenteracreativehome Q and A session with Aafiyah dan Dato Siti Part 1 🥰 #TikTokMalaysia #desingdeinteriores #homedesignideas #InspirasiRumah #deko #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #aafiyahanakibu #datoctnurhaliza #ctdk #foryoupage #tiktok #datosrisitinurhaliza #aafiyah
♬ original sound – LenteraCreativeHome – LenteraCreativeHome
Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa terhibur melihat gelagat Aafiyah. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Dia boleh tak bagi ibu duduk atas katil, bertuah betul lah budak ni, hahaha.. Tilam dah kemas, tak boleh duduk ok ibu, hehehe.. “
” Ibu pun tak boleh duduk atas katil dia.. Orang lain pun jgn hrp ye, hahahahaha.. Semoga cita-cita Aafiyah itu akan menjadi kenyataan, amin.. “
” Ibu dah kena warn1ng dgn Aafiyah jgn duk atas katil tuu, takut kedut tuu hahahaha.. Cerdik betul lah budak Aafiyah ni.. “
Alahai kelakar lah Aafiyah ni, mesti takut cadar jadi kedut kan bila ibu duduk, hehe. Cantik betul suasana bilik baru Aafiyah, sesuai sangat dengan Aafiyah yang sudah pun besar dan menjadi seorang kakak. Apa-apa pun semoga Aafiyah menjadi yang baik buat ibu serta ayah.

Umum mengetahui tempoh penantian Dato’ Siti untuk mendapatkan zuriat pertamanya mengambil masa yang begitu lama. Akhirnya penantian selama 11 tahun, Dato’ Siti telah dikurniakan Aafiyah dan beberapa tahun selepas itu, Dato’ Siti dikurniakan seorang lagi anak iaitu Muhammad Afwa.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok @lenteracreativehome
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

