Connect with us

Artis / Selebriti

“ Sebiji muka Doktor dulu dengan sekarang. You look like Noah.. ” – Netizen

Perkongsian Gambar Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha Sewaktu Kecil di Instagram Jadi Perhatian Ramai. Rupa Sama Seperti Noah Tapi Senyuman Nak4l Seperti Adam !!

Siapa yang tidak mengenali Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, seorang bekas angkasawan pertama negara. Namanya sehingga kini sering disebut di kalangan rakyat Malaysia. Seorang insan yang dikagumi dan sentiasa memberikan inspirasi kepada masayarakat Malaysia. Malah, perwatakan Dr. Sheikh Muszaphar yang sentiasa merendah diri ini menjadikan beliau antara seorang individu yang disegani di Malaysia.

Jika sebelum ini kita melihat ramai dalam kalangan selebriti di Malaysia berkongsi gambar ketika mereka pada usia kanak-kanak, ketinggalan juga Dr. Sheikh Muszaphar yang baru-baru ini turut berkongsi sekeping gambarnya semasa kecil. Melihat kepada gaya senyuman Dr. Sheikh Muszaphar, pasti ramai yang suka melihat senyumannya yang comel tu..

Melalui soroton gambar yang dikongsikan, Dr Sheikh Muszaphar sedang duduk di atas kereta mainannya. pastinya beliau seorang yang aktif ketika kecil seperti Adam dan Noah. Malah, perkongsian video dan gambar daripada Dr. Sheikh Muszaphar dalam mendidik anak-anak sering dipuji dan dijadikan panduan kepada masyarakat, terutama golongan ibu bapa.

Melihat kepada perkongsian tersebut, Dr. Sheikh Muszaphar menyatakan beliau seorang yang senang dijaga ketika kecil. Bukan itu sahaja, Dr. Sheikh Muszaphar turut bertanyakan adakah gambar wajahnya semasa kecil sama seperti anak-anaknya, Adam Noah, Bella atau Tasya.

Jom ikuti perkongsian video di bawah :

Ramai yang memberi tanda suka kepada perkongsian daripada Dr Muzaffar itu dan tidak kurang juga yang menjawab pertanyaannya. Antara komen-komen yang dit1nggalkan di ruangan komen :

“ Noah! I knew it he would be as handsome as his daddy. And of course as brilliant too.. “

“ I think, tasha, adam and noah a bit. Mostly tasha, i think.. Adam and Noah in one face.. “

“ Doc … how to handle t4ntrum child.. sometimes kami parents jadi stress bler anak t4ntrum.. “

“ You have done a good job raising all your kids Doc.. maybe like the unborn twin.. “

“ More like bella n noah i think.. air muka like Adam.. Combination of Noah and Adam.. “

“ Cara senyum tu sama sampai sekarang.. saya baca macam berpantun pulak.. Bella waktu baby.. “

“ Half Adam and half Noah.. Sebiji muka dr dulu dengan sekarang.. U look like Noah but cheeky smile like Adam.. “

“ Hard to tell.. u looks like u dont belong to the family, all kids probably take Dr Harlina features.. hahaha.. “

Bagi sesiapa yang melihat posting tersebut tanpa membaca kapsyen yang ditulis Dr. Sheikh Muszaphar, pasti akan menyangka gambar tersebut merupakan salah seorang daripada anak lelakinya, Adam mahupun Noah. Namun, ada juga yang menyangka daripada pandangan pertama, wajah anak kecil tersebut seperti isterinya, Dr. Halina Mohd Yunos semasa kecil.

Cara didikan Dr. Sheikh Muszaphar dalam mendidik anak-anak sentiasa memberikan inspirasi kepada masyarakat. Malah, perkongsian tips parenting oleh beliau sering dijadikan contoh dan teladan. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Dr. Sheikh Muszaphar sekeluarga sentiasa dipermudahkan segala urusan dan terus memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia.

Silakan SHARE..

Sumber : IG drsheikhmuszaphar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT