Artis / Selebriti
” Ni Dr Sheikh atau Chef Sheikh ? Serba serbi boleh, untung Dr Halina.. ” – Netizen
Datin Dr Halina Kongsi Video Suaminya, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Memasak Buat Ramai Yang Memuji. Amboi, Serba Serbi Boleh, Tengok Lauk Yang Dimasak Dr Sheikh Muszaphar Tu Semuanya Menyelerakan, Terbaik !!
Sudah semestinya ramai mengenali akan Datuk Dr Sheikh Muszaphar yang merupakan angkasawan negara yang pertama ini. Apa sahaja perkongsiannya di laman media sosial mengenai kehidupannya pasti menjadi perhatian umum, lebih-lebih lagi akan perkembangan dan aktiviti keluarganya.
Terbaru, menerusi akaun Instagram milik isteri Dr Sheikh Muszaphar, Datin Dr Halina telah berkongsi sedikit sedutan video yang memaparkan Dr Sheikh Muszaphar menjadi tetamu istimewa dalam program memasak sempena bulan Ramadhan ini.
Perkongsian tersebut turut disertakan kapsyen yang ditulis dalam bahada Inggeris bermaksud ‘ suami saya pandai masak ya ‘ dan perkongsian video itu telah mendapat perhatian ramai warga netizen meskipun baru sahaja beberapa jam dimuatnaik video tersebut telah meraih ribuan tanda suka.

Menerusi sedutan video itu, Dr Sheikh Muszaphar telah memasak beberapa juadah untuk berbuka puasa bersama keluarganya. Jelas terlihat Dr Halina tersenyum sambil menikmati masakan daripada suaminya itu seperti seorang chef.
Tonton video tersebut di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang memuji akan kehebatan Dr Sheikh Muszaphar dalam memasak dan betapa untungnya Dr Halina memilik suami yang semuanya serba boleh. Antara komen-komen menarik daripada warga netizen adalah :
” Dah lah bijaksana, baik, loving, kaya, pandai masak pulak. Dr Halina is the luckiest girl lah. Terli0r tengok Dr Muszaphar masak terli0r, sedap-sedap tu.. “
” Ni Dr Sheikh atau Chef Sheikh ni, serba serbi bolehh ya Dr, untung Dr Halina, nampak ke happy an Dr Halina dalam video dapat makan masakan suami.. ”
” Woww amazing betul lah, anak pandai jaga, hati isteri pun pandai jaga, masak pun pandai, memang p0wer lah superman Malaysia ni.. “
” Lucky woman Dr Halina. Senyum lebar dapat makan suami yang masak tu, huhu. Alhamdulillah, rezeki sangat tu.. “
” Alhamdulillah, suami yang terhebat Dr Sheikh Muszaphar, memang patut jadi contoh buat suami-suami semua di luar sana.. “
” Lelaki kalau masak, memang sedap dari perempuan masak tau, kiranya perempuan memang kal4h lah, hahaha.. “
“Syoknya tengok, banyak untung lah Dr Halina, terbaik Dr Sheikh Muszaphar, last tu memang nampak mcm seorang Chef betul.. “

Woww memang p0wer lah Dr Sheikh Muszaphar memasak, tengok masakan yang dimasak Dr Sheikh Muszaphar dalam video tu pun semuanya menarik, untung lah Dr Halina. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina sentiasa bahagia, aamin.

Silakan SHARE…
Sumber : IG Dr Halina Mohd Yunos, Dr Sheikh Muszaphar Shukor
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga3 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry

