Artis / Selebriti
” Sampai satu kali tu saya nyanyi, saya dongak je, ‘pupp’.. ” – Dato’ Siti Nurhaliza

Video Dato’ Siti Nurhaliza Dedah Kejadian Paling Kelakar Yang Pernah Terjadi Ketika Sedang Buat Persembahan Di Atas Pentas Buat Ramai Terhibur. Fuhh Nasib Baik Tokti Pandai Cover Balik. Nampak Macam Takde Apa-Apa Je, Hehe !!
Dato’ Seri Siti Nurhaliza antara penyanyi yang mempunyai ramai peminat. Sudah puluhan tahun bertapak dalam industri seni suara, DS Siti juga turut mempunyai peminat bukan sahaja di dalam negara, malah di luar negara juga seperti di Indonesia, Singapura, Brunei dan lain-lain lagi.
Apa sahaja perkongsian oleh peminat mahupun DS Siti di media sosial pastinya menjadi perhatian ramai. Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik Siti Nurhaliza Fans telah dikongsikan sedutan video live DS Siti. Menerusi video tersebut, DS Siti menerima satu soalan daripada seorang peminatnya.
Peminat DS Siti bertanya adakah pernah ketika DS Siti membuat persembahan, pin tudung di dagu tercabut. Mendengar soalan itu, DS Siti turut berdekah ketawa kerana soalan itu sangat kelakar bagi dirinya. Namun begitu, DS Siti berkongsi cerita pengalamannya ketika membuat persembahan memakai rambut palsu.
Kata DS Siti, suatu ketika dahulu, sebelum membuat persembahan, DS Siti ada memakai sanggul rambut palsu dan DS Siti yakin telah memasang rambut itu dengan baik. Tidak disangka, ketika DS Siti menyanyi dan mendongakkan kepalanya, rambut itu tiba-tiba tercabut dan terjatuh ke belakang.
Tonton video di bawah ini :
@sitinurhalizafan Kenangan Rambut Palsu DS Siti Nurhaliza Tercabut 🤭
♬ original sound – Siti Nurhaliza Fans – Siti Nurhaliza Fans
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian cerita oleh DS Siti dan pelbagai respon diberikan oleh peminat-peminat DS Siti. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Haha kita pun gelak sekali dengar Siti gelak.. Siti cantik semulajadi.. Tgk dagu dia teringt zaman popular dia.. Org ckp dia saje buat dagu lekuk.. “
” Seronok tengok Dato’ gelak.. Haha ce Dato’ btau show apa.. Nak cri, nak tgk, hahaha.. Mesti comel kan, hahaha.. Ada sape2 boleh carikan tak video tu, haha.. “
” Masa pregnant ank no 2, suka tgk dagu Dato Siti, kluar dpt dagu tu.. Makin kurus dato siti, muka kecil je tengok, runcing.. “
” Cantiknya kejadian, suka betul lah tengok Dato Siti ni dari dulu lagi, cantik dia tu tak ada fake.. Semula jadi cantiknya.. “
” Suara sakit tekak nii… Tapi suka dengar.. Time dia nyanyi dialova tu ke.. Tak jatuh pon cantik je.. Suka sangat dengan Dato Siti.. “
” Selalu juga Siti pakai wig dulu. Ada wig, extensions kejung² & tak sama warna & curls. Kelakar zaman awal 2000an dulu, hehe.. “
” Weiii tolong carik video tu.. Nk tgok jgkkkkkkk, hehee.. Tok’ti bila bercakap, suara ada husky kannn, bila menyanyi lemak merdu jerrr, memang ni laaa, 1 dalam seribu.. “
Alahai benda nak jadi kan, memang tak boleh untuk mengelak. Comel part DS Siti ketawa, mesti kejadian itu menjadi satu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Walaupun rambut palsu terjatuh, DS Siti masih bersikap profesional meneruskan nyanyiannya serta menganggap hal itu terjadi sebagai salah satu showmanship yang telah dirancang dari awal.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok sitinurhalizafan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral4 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin