Artis / Selebriti
” Sakit rindu is real. Bukan tak redha tapi rindu itu terlalu sakit.. ” – Komen Netizen
Video Amyza Aznan menangis ketika melihat hadiah potret lukisan dirinya bersama arwah anak sulungnya, Andre Mikhail buat ramai tersentuh. Akhirnya ada juga gambar raya Amyza dengan Andre tahun ni, sebak sungguh..
Bukan mudah untuk menerima takdir apatah lagi ianya melibatkan pemergian insan tersayang. Amyza Aznan diuji dengan kehilangan anak sulungnya, Andre Mikhail pada bulan Ramadhan yang lalu. Ianya bulan Ramadhan dan Syawal yang cukup menyedihkan untuk Amyza dan keluarga.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Candyta.hq, telah dikongsikan satu video yang memaparkan wakil Candyta menyerahkan satu hadiah khas untuk Amyza. Amyza merupakan salah seorang artis yang berkolaborasi bersama Candyta untuk jualan secara live.
Pada permulaan video ini, wakil Candyta memberitahu mereka pada awalnya tidak tahu hadiah apa yang ingin diberikan kepada Amyza. Namun setelah itu, pihak Candyta memutuskan untuk menghadiahkan Amyza satu hadiah kecil dengan harapan ianya dapat mengubat kerinduan Amyza terhadap arwah Andre.

Ianya berupa sebuah potret yang dilukis indah memaparkan gambar Amyza bersama Andre ketika hari raya. Melihat lukisan di potret ini, laju air mata Amyza mengalir. Terasa betapa rindunya Amyza terhadap Andre. Rindu yang mendalam dan tingginya kasih sayang seorang ibu untuk anak yang telah pergi selamanya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Betul betul rindu tu Aku yg tak ada kena mengena ni tumpah jugak air mata.. laju je air mata ni keluar.. “
” Subuh subuh buat kami nangis sama-sama. Allahuakbar… Aku tengok pun aku nagis. sebab aku tak dapat bayangkan keadaan aku kalau berada di posisi dia.. “
” Ya Allah,Kita y xkenal pun nangis,lagi la mak dia..sakit rindu is real.. hati seorang ibu tak kuat tengok camni.. “
” Video ni lalu belum buka sya da nangis air mata sya lju jtuh ..pgi2 ni kn…. al-fatihah tuk arwah andre mikail… aamin.. ”
“
” Aku yang nangis teruk ni. terasa sangat kerinduan ibu buat anak.. rindu yang tak akan pernah ada penghujungnya.. “
” Bukan mudah kan utk sebuah kehilangan…. bukan tak redha tp rindu itu terlalu sakit. Hanya Allah faham betapa tiada kata mampu terzahir… Alfatihah.. “
” Aku nangis, weh apa ni.. Betapa sukar utk seseorang menerima erti kehilangan..bila berada di situasi tu..baru akan memahaminya.. “
Hati seorang ibu, rindunya tak akan pernah hilang untuk anak tersayang. Tumpang sedih warganet melihat air mata Amyza itu. Semoga Amyza akan terus kuat mengharungi hari-hari mendatang, dikurniakan rezeki yang mencurah bak air zam-zam yang tidak pernah berhenti mengalir.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Candyta Hq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Biarlah Bilal, jangan lah bezakan. Mak bapak dia Ustaz dengan Ustazah.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sebak tengok Ayden peluk YB. Touching bila YB peluk dan usap macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Know that we are always here watching you both from afar sayang.. ” – Siti Hafiza
-
Artis / Selebriti5 days ago” I tahu Daddy bukannya cinta pun I. Daddy memang kahwin dengan I sebab.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti4 days ago” You ni asyik nak cakap pasal arwah isteri you je. You ingat I takde perasaan ke.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ara terkejut, terkesima dia. Daddynya penat pun ada juga masa luangkan untuk anak-anak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya mahu fokus bina rumahtangga dahulu.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Di depan orang yang kita sayang, memang kita jadi superhero. Di depan orang yang kita tak sayang.. ” – Raf Yaakob

