Viral
” Rupanya itu petanda dia dah nak pergi. Dia dah rasa tak sedap tapi tak tahu nak bagitahu macam mana.. ” – Komen Netizen

Video ibu kepada arwah Muhammad Mustaqim Rosdee (UPSI) bercerita perangai pelik Mustaqim sebelum menaiki bas pada malam kejadian raih perhatian warganet. Aqim seperti sudah merasai saat pemergiannya yang semakin hampir..
Muhammad Mustaqim Rosdee salah seorang mangsa nahas bas terbalik di Gerik yang melibatkan sekumpulan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 9 Jun baru-baru ini. Pemergian Mustaqim yang disifatkan sebagai seorang anak dan sahabat yang baik ini meninggalkan kesan di hati ramai.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Kikinana, telah dikongsikan satu video yang memaparkan ibu kepada Mustaqim berkongsi cerita mengenai perangai pelik yang Mustaqim tunjukkan pada malam dia menaiki bas sewa khas untuk pulang ke kampus itu.
Kata ibu Mustaqim, selalunya Mustaqim akan bersalam dan memeluk serta mengucup pipi ibu dan ayah. Tetapi malam itu, Mustaqim melakukan sesuatu yang berbeza. Seakan tahu yang dirinya akan pergi untuk selama-lamanya, Mustaqim mengucup dahi ibu dan ayahnya.
Ibu Mustaqim juga mengatakan suami sudah merasa pelik kenapa anak mereka begitu. Ibu Mustaqim juga mendedahkan mengenai perbualan terakhir Mustaqim bersama seorang sahabatnya ketika dia sudah pun berada di dalam bas. AllahuAkbar memang petanda itu cukup jelas.
Jom tonton video di bawah :
@kikinana5979 ibu arwah adik mustaqim menceritakn kelakuan arwah sblm menaiki bas pd mlm kejadian#muhammadmustaqim #mangsanahasbasupsi
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dia dah rase tak sedap tapi tak tahu nak bagitahu camne tu dekat kita.. Syurga la buatmu dik Mustaqim.. Allah lebih menyayangimu.. “
” Mak dia cakap selalu dia cium mak dia kemudian peluk, tiba2 hri kejadian dia peluk siap pakej kucup dahi smpi ayah dia pelik. lps tu sblm dia naik bus, dia call kawan dia, dia ckp badan dia rasa panas sejuk, biasanya x pernah rasa macam tu.. “
” Ya Allah.. kuatnya kamu wahai ibu.. sudah pasti Allah lah yg menguatkan kamu.. semoga sabar kamu Allah ganjar dgn pahala yg tak terhitung.. insyaAllah.. “
” Ya Allah.. Dia rasa sejuk, panas masa sebelum naik bas.. Rupenyer tu petanda dia dh nak pergi.. kematian yang mulia, syurga dah arwah.. “
” Translate untuk yang tak faham ye.. biasanya sblm naik bas arwah akan cium pipi kiri kanan dan peluk jer.. tapi kali ni arwah peluk cium kiri kanan dan cium dahi maknya.. ayah arwah jd pelik tnya mak arwah kenapa ya anak dia mcm lain. mak arwah kata jgn pikir yg xelok.atas bas arwah call kwn dia ,ckp kenapa dia rasa sejuk panas mcm ni.. tak pernah dia rasa mcm ni sblm ni.. “
” Sedihnya dengar, dia dah tunjuk tapi yela tak terfikir kematian yang datang menjemput.. Alfatihah buat arwah semga arwah damai n tenang disna… aaminnn.. “
” Mungkin dia dah rasa malaikat hanya tunggu masa untuk membawa dia ke alam sana.. Allah sedihnya.. semoga syurga buat arwah Mustaqim.. “
Petanda yang cukup jelas cuma ianya tidak disedari oleh sesiapa. Rasa yang berbeza sudah dirasai oleh Mustaqim dan takdirnya ajal menjemput sebelum arwah sempat mengejar cita-cita. Apa-apa pun, semoga arwah Mustaqim tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Kikinana5979
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Bella jawab, good answer. Keep going strong Bella.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Sangat limited nak jumpa yang perangai macam arwah Nurly ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terkantoi pulak dah, ni bukti kukuh ni. Manja betul dengar Bella panggil YB macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Dengan papa sekali terasa hina. Terbahak lah aku dengan ayat Amayan ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bunyi batuk daddy tu yang mahal, dah pandai ajuk daddy ye Zara, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Legend la Ayash, dia boleh ingat lirik. Lagu tak boleh bawa bincang pula tu.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Sedihlah, menitis air mata bila dengar dia cakap suami dah tak ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Meremang dengar suara dia, serius merdu. See, yang pernah dia kecam dulu.. ” – Komen Netizen