Connect with us

Artis / Selebriti

” Rupa macam kakaknya, Ayu Nazirah.. ” – Netizen

Ajai Kongsi Gambar Bersama Anak Perempuannya, Danisha. Wajah Puterinya Itu Raih Tumpuan Peminat, Memang Seiras Wajah Kakaknya, Ayu Nazirah !!

Merupakan seorang penyanyi, pemuzik, penggubah lagu dan penerbit album, nama Mohd Faizal bin Maas atau lebih dikenali sebagai Ajai sudah cukup popular di Malaysia. Ajai banyak mencipta lagu untuk artis-artis bernama besar seperti Sheila Majid, Kris Dayanti dan Dato’ Siti Nurhaliza.

Meninjau ke akaun Instagram, Ajai telah memuatnaik gambar bersama anak perempuannya. Jika dilihat, Ajai jarang berkongsi gambar keluarganya di Instagram. Dia lebih gemar berkongsi segalanya tentang kerjaya dan aktiviti hariannya kepada umum.

Dengan kapsyen ‘ with my Intan Payung ‘ , gambar tersebut meraih tumpuan netizen kerana wajah puterinya itu seiras anak sulung Ajai iaitu Ayu Nazirah walaupun berlainan ibu. Ayu merupakan anak Ajai melalui perkahwinan pertamanya bersama Nurul Wahab.

Manakala Ajai telah berkahwin kali kedua bersama pengurus artis bernama Norliza Ilias atau Liza dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Danisha. Sekali imbas wajah Danisha nampak seiras kakaknya. Maklumlah adik-beradik kan.

Jom lihat perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN -> untuk gambar seterusnya.. )

Perkongsian ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang memuji penampilan Ajai yang tetap nampak muda seperti dulu. Antara komen-komen mereka :

” Singlet tu yang mahal bang , So sweet…  Terbaikkk wehhh… Macam muka Ayu , Anak sulung Mr Ajai . Boleh buat group exist junior nanti.. “

” What a loving father you are. Your daughter is adorable  The way you always always always express your love towards her on instagram is enough to show how much she means to you. You, kak liza & chacha are so lucky to have each other and that makes your family bond seems perfect. Send my regards to them. May Allah bless your beautiful family.. “

” Da mcm muka kakak ayu… cantik. Comel anak. Alololo so sweet. Steady banggg , semoga terus sukses. Cantek keduanya.. forever young boss .. “

” Rupa kakak ayu nazirah. Comey mcm papanya. Like father like daughter. Hahaha.  happy family la.. Mantap. Apa tips kekal muda ni?? “

” Anak ajai ke tu. comel. sebiji mak die muke tpi bapak Nye masih hensem je. sweet papa and daughter. yang penting papa maintain muda.. “

Anak sulung Ajai pula kini tinggal bersama bekas isterinya, Nourul atau kini lebih dikenali sebagai Nourul Depp. Ayu kini sudah berusia 22 tahun dan turut mewarisi bakat nyanyian seperti ibu dan bapanya. Manakan tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan.

Wajah anak sulung Ajai, Ayu Nazirah :

Alahai, sama manis dan sama cantik kedua-dua anak perempuan Ajai. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat maju jaya kepada Ajai dalam bidang industri muzik. Teruskan perjuangan dalam bidang muzik dengan menghasilkan karya-karya hebat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ajai, Ayu Nazirah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT