Artis / Selebriti
” Love letter from Dad to daughter, so lovely.. ” – Netizen
Ucapan Istimewa Rizal Ashram Ramli Untuk Anaknya, Puteri Raysha Jemaima Sempena Ulangtahun Kelahiran Ke 6 Tahun. Alahai Sweet Sangat Ayat ‘Cinta’ Daddy Ni !!
Umum mengetahui Rizal Ashram Ramli adalah bekas suami kepada pelakon Fasha Sandha. Perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahayamata iaitu Putera Rayfal dan Puteri Raysha Jemaima. Keakraban mereka sering membuatkan peminat terharu walaupun bukan lagi bergelar suami isteri.
Hampir setiap majlis ulangtahun samada Rayfal ataupun Jemaima pastinya Rizal akan ada bersama. Malahan Rizal juga berhubungan baik dengan Aidil Aziz iaitu suami Fasha sekarang. Rizal juga turut sama membantu untuk menjaga Rayfal dan Jemaima ketika Fasha dalam proses bersalin Aisha Amaira beberapa bulan lalu.
Sepertimana biasa, setiap kali ulangtahun anak-anak menjelma, pasti akan ada coretan khas daripada Rizal untuk mereka. Meninjau akaun Instagram Rizal, telah dikongsikan beberapa keping gambar anak perempuannya Jemaima yang menyambut ulangtahun kelahiran ke 6 hari ini, 7 November.

Rizal meluahkan rasa syukurnya kerana dikurniakan seorang anak seperti Jemaima. Rizal turut merasakan puterinya ini cepat membesar dan meningg4lkan pesanan supaya Jemaima sentiasa menyayangi ibu bapa, adik beradik dan seluruh ahli keluarga lain.
Jom baca perkongsian di bawah :
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
https://www.instagram.com/p/CHR4HGjAkci/
Coretan Rizal ini sememangnya dinantikan peminat kerana bait kata-katanya yang indah dibaca. Peminat turut sama mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat Jemyma dan antara komen-komen mereka :
” Salam. Happy Birthday Jemyma. stay cute, adorable and funny lil’ princess.. So pretty dan cute girl Jemyma.. “
” Waiting for this…. lovely memorable letter from father to daughter…. happy birthday jemyma. Happy birthday daddy’s girl, pretty girl.. “
” So lovely ur love letter. She’s so pretty. happy birthday to her. Love letter from Dad to Daughter. Happy Birthday Jemyma pretty gurl.. “
” Love reading your yearly letters to each of your beautiful children. Wonderful Happy birthday jemyma. She’s so beautiful.. “
Sememangnya Jemyma memiliki wajah cantik dan manis seperti ibunya, Fasha Sandha. Pejam celik Jemyma sudahpun berusia 6 tahun dan menjadi anak yang menyenangkan hati semua. Walaupun sudah mempunyai adik, tapi Jemyma tetap kelihatan manja.

Membaca ayat Rizal juga menunjukkan kasih dan sayangnya pada puteri tunggalnya ini. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran yang ke 6 buat Jemyma. Semoga Jemyma menjadi anak yang sentiasa menggembirakan hati seluruh keluarga, anak yang solehah untuk kedua ibu bapa. Aamin

Silakan SHARE..
Sumber : IG Rizal Ramli
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti1 day ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

