Viral
” Rasa hancur hati ni dengar mummy Zayn cakap. Tersedu-sedan aku menangis sama.. ” – Netizen

Video Reaksi Ibu Arwah Adik Zayn Rayyan, Ismanira Ketika Menerima Potret Suntingan Gambar Bersama Zayn Buat Warganet Sebak. Sedih Dan Tersentuh Dengar Kata-Kata Ismanira, Kehilangan Yang Tidak Dijangka !!
Nama adik Zayn Rayyan menjadi sebutan ramai tahun lalu dan insiden yang menimpa anak syurga ini benar-benar menyentuh hati ramai. Sekali pun sudah sudah berbulan kejadian itu, namun ianya masih menjadi perbualan ramai. Paling terkesan pastilah keluarga Zayn terutamanya ibunya, Ismanira.
Meninjau akaun Tiktok Creative Factory Painting, telah dikongsikan satu video yang memaparkan reaksi Ismanira ketika menerima potret suntingan yang telah pun dilukiskan gambar Zayn bersama ibunya. Menangis Ismanira ketika melihat potret tersebut.
Hati ibu mana yang tidak sayu apabila anak yang disayangi pergi dengan cara begini. Kata Ismanira, paling sedih kerana Zayn pergi bukan kerana sakit dan ianya sangat mengejut. Apatah lagi semalam adalah ulangtahun kelahiran Zayn yang ke 7 tahun, bertambah pilu di hati Ismanira.
Orang mudah mengatakan supaya redha dengan pemergian Zayn tetapi hakikatnya yang merasai adalah Ismanira. Sukarnya hati untuk menerima kenyataan yang pedih ini dan sehingga kini Ismanira merasakan segalanya seperti mimpi dan Zayn seperti masih ada bersama.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@creativefactory_painting 22 Feb adalah tarikh ulangtahun bagi anak yang paling istimewa. Seluruh Malaysia akan terus menyayangi anak syurga, arwah Zayn Rayyan @izzmanaf_ @myerulakiza #justiceforzaynrayyan#love#creativististoilpainting #figurepainting #oilpainting #family #potrait #artist #canvas #portraitpainting #creativeart #creativefactorypainting
♬ original sound – Creative Factory Painting – Creative Factory Painting
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 16 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan bersama pembaca :
” Allah.. aku yang dengar pun rasa hancur sehancurnya hati. Taktau rasa kat tempat dia macam mana. Kita tengok terasa perit apatah lagi mummy dan daddynya.. tersedu-sedan aku nangis.. ”
” Sakit betul rasa kehilangan tu, saya faham kak.. Rasa macam hancur je hati dengar mummy zayn cakap, sedih rasanya. Betul hilang anak ni sangat menyakitkan.. ”
” Betul macam mimpi.. harap semua ni mimpi… tapi kenyataan. yang tak boleh terima tu cara dia meninggal. Bukan hati tak redha tapi rasa rindu mengatasi.. ”
” Susut nampak mak arwah. Semoga sis kekal kuat. Dunia ni kejap je. Kelak akn kembali bertemu di syurga abadi. Mmg sakit. Saya pon xmampu nak hdp ape sis ni hadap.. ”
” Ya Allah sebaknya, ini baru yg kita nampk depan camera. Yg ibu rayyan nangis atas sejadah tu hanya Allah je yg tahu.. ”
” Ya Allah auto air mata meleleh kalau tgok video adik Zayn.. Sakit sangat dada ni rasa bila dengar mommy Zayn nangis.. hilang anak seperti hilang nyawa, itu realiti.. ”
” Kita yang tengok ni pun dah sedih. Hancur hati kita mak-mak ni tengok macam ni.. Alfatihah untuk anak syurga Zayn Rayyan.. ”
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Rasa rindu yang tidak akan pernah pudar untuk anak tersayang. Selaju air mata Ismanira gugur, begitu juga air mata warganet yang menonton video ini. Semoga Zayn tenang di sana dan keadilan untuk adik Zayn dapat dicapai.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Creativefactory_painting, IG Izzmanaf
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Merah muka YB kena usik dengan UAI, sampai telinga semua merah. Macam bau nasi minyak sudah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dia sorok perasaan dia dengan cakap ‘dia kutuk aku’ . I know that feel Dato’, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terus berderai air mata saya tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Senang betul kerja Amayan, last-last dia suruh kawan dia yang buat live dan jual.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” Bila dia sebut inspirasi daripada Umi dia, terus laju je aku menangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bila dia dah start kira tu aku dah nak gelak, haha… ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Mama, betul ke ? Tak lawak lah mama, sekarang kereta pun dah tak muat.. ” – Qadejah