Connect with us

Artis / Selebriti

” Luluh hati ni tengok gambar dan video ni. Hadiah ada, tapi orangnya dah takde.. ” – Netizen

Perkongsian Ibu Arwah Zayn Rayyan, Ismanira Video Dan Gambar Ketika Hadir Ke Hari Apresiasi Murid Buat Ramai Sebak. Sedih Tengok Ibu Dan Ayah Zayn Ambil Sijil Atas Pentas. Gambar Suntingan Zayn Pakai Baju Graduasi Tu Buat Air Mata Jatuh !!

Nama adik Zayn Rayyan menjadi sebutan sehingga kini. Sekali pun adik Zayn telah pun tiada, namun kisahnya masih tidak lagi menjadi misteri dan saban hari semua menantikan perkembangan kes anak istimewa ini.

Meninjau akaun Instagram ibu kepada Zayn iaitu Ismanira, telah dikongsikan video dan gambar yang memaparkan Ismanira bersama suaminya hadir ke Hari Apresiasi Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Damansara Damai 2, Kuala Lumpur.

Klik gambar untuk info..

Jika ibu bapa lain, anak-anak yang naik ke pentas mengambil sijil namun Zayn diwakili oleh ibu dan ayahnya ini. Suasana menjadi sebak tahkala nama Zayn disebut dan melihat wajah Ismanira dan suami, lagi bertambah sayunya.

Kapsyen Ismanira juga menarik perhatian ramai. Ungkap Ismanira, kecil atau besar pencapaian Zayn sebelum ini, itu sudah cukup membanggakan dirinya sebagai seorang ibu. Ayat akhir Ismanira tu yang memberitahu dia menyunting gambar graduasi dengan menambah gambar Zayn bersama membuatkan ramai sedih.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Hadiah ade, tp orgnye xde.. Allahuakbar.. sedih saya puan. Kalau saya ditempat puan.. xtau saya bole tabah ke x.. da pujuk hati xnk nangis lgi.. tp jatuh lgi airmata saya hrini.. ”

” Allahuakbar ibu ayah yg hebat.. tentu anakanda Zayn pun bangga. Bukak fb, nmpak posting puan, saya nangis. Bukak IG, nangis lgi.. bukak tiktok nangis lagi. Ya Allah mmg sebak xtau nk ckp mcm mne. Cantik gmbar konvokesyen puan gn zayn.. ”

” Allahuakbar.. Setiap gmbr sy tgok.. Semua sy mngalirkan airmata.. Sedih tu hanya Allah je yg taw.. Akak n suami ibu ayah yg hebat untuk zayn rayyan.. ”

” Mesti mommy rindu dan nak sgt peluk zayn waktu bergraduasi.. Mnangis sy spnjg hr sjak follow live school Zayn.. hri bhgia tp meninggalkan kesan perit mendalam pada yg melihat.. sedih rsnya bila mengenangkan yg telah pergi xada utk diraikan bersama2.. ”

” Allah sebaknye.. kalau jadi dkt kite mungkin tak sekuat akak.. Bila tengok beg dan bersama sama hadiah2 yg lain, sebak sangat2.. ”

” Saya menangis kat ofis… tolong… airmata tak boleh cover…. Zayn.. semoga mommy dan daddy zayn tetap kuat dan tabah.. ”

” Allah… kenapa sebak sangat rasa ni,tak tahan sedih.. luluh hati ni tengok gambar dan video ni.. meleleh air mata.. ”

Klik gambar untuk info..

Wajah Ismanira nampak senyum tetapi dalam hatinya hanya Allah yang tahu. Kesedihan yang turut dirasai oleh semua wargamaya. Semoga Zayn Rayyan tenang di sana dan didoakan agar Ismanira sekeluarga terus kuat dan tabah dalam mengharungi kehidupan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Izzmanaf

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT