Viral
” Aku lelaki pun menangis tengok video ni. Laju je air mata ni.. ” – Netizen
Perkongsian Video Throwback Arwah Adik Zayn Rayyan Oleh Ibunya, Ismanira Buat Ramai Tersentuh. Pemurah Dengan Senyuman Adik Zayn Ni, Muka Lembut Je. Sedih Sangat Baca Kapsyen Ibu Zayn, Terus Kuat !!
Nama arwah Zayn Rayyan masih lagi hangat diperkatakan sehingga ke hari ini. Tragedi yang menimpa adik Zayn men1nggalkan kesan mendalam buat ibunya, Ismanira Abdul Manaf. Emosi ibu kepada Zayn ini kerap terusik dek kerinduan yang mendalam kepada anak sulungnya itu.
Meninjau akaun Instagram Era FM, telah diulangsiar video perkongsian Ismanira yang memaparkan video throwback Zayn. Anak yang suka tersenyum dan baik kelakuannya, Zayn kelihatan begitu happy bermain bersama adik dan rakannya ketika itu.
Kapsyen Ismanira menarik perhatian dan membuatkan ramai yang menangis membacanya. ‘ Terima kasih sebab pernah hadir dalam rahim mommy, mommy bangga dapat lahirkan abang, penghuni syurga Allah’, itu yang dicoretkan oleh mommy Zayn.

Sayu sungguh luahan hati Ismanira dan rata-rata kaum ibu dapat merasai kesedihan Ismanira ini. Bukan perkara yang mudah kehilangan anak tersayang dan ianya perit untuk ditelan. Hanya masa dapat mengubati kesedihan dan rasa rindu Ismanira terhadap Zayn.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 35 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Allahu .. bertabahlah wahai ibu kehilangan yang tiada ganti…. anak syurga ibu ayahnya .. semuga ibu kuat .. Allahuakhbar.. ”
” Tak nampak pun dia macam budak autism. Syurga buatmu dik.. mommy dia selalu layan dia main kat tmn tu, no wonder la di hari kejadian dia ajak mommy gi situ.. Allah huhu.. lepas ni main kat tmn syurga pulak ye zayn.. ”
” Aku lelaki pun menangis tgk video ni..mcmane la org sanggup buat mcm tu kat adik ni..kalau high ke ape.. byk benda lain boleh buat.. takan adik sekecil ni boleh menyakitkan ati org.. ”
” Tiap kali tgk arwah zayn sedih sgt.. Comel ensem orgnya.. Syurga buatmu anak.. Semoga ada keadilan untuk adik zayn.. ”
” Aduhaiii setiap kali tengok video zayn, rasa nak nangis.. dunia bkn tempatmu. Syurga terindah buatmu Zayn.. ”
” Aaaa tak bolehla menangis tengok.. innalillahi wainnalillahi rajiun. Moga mak ayah dia kuatt dan tabahh amin2.. ”
” Allahuakbar sakitnya kehilangan tu.. Rindu yang tak bertepi ibu kepada anaknya.. laju je air mata ni.. anak syurga tiada salah ape² diperlakukan sedemikian.. ”
Siapa tidak sayu melihat gelagat Zayn dalam video ini, yang lelaki pun boleh menitis air mata. Semoga keadilan untuk adik Zayn Rayyan akan cepat dicapai. Buat Ismanira, kuatkan hati dan terus kuat menghadapi hari mendatang. Yakinlah Zayn kini sedang bergembira bermain di taman syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti4 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti7 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kemain kaki tu jengket-jengket. Geram betul tengok Akira comel.. ” – Komen Netizen



