Artis / Selebriti
” Sedihnya bila tengok gambar arwah, Zayn sambut birthday kat syurga.. ” – Netizen

Perkongsian Video Oleh Pembantu Guru Di Sekolah Zayn Rayyan Sempena Ulangtahun Kelahiran Zayn Buat Ramai Rasa Sebak. Genap Usia Zayn 7 Tahun Pada Tahun Ini, Anak Syurga !!
Kanak-kanak Autism iaitu Zayn Rayyan pernah menggemparkan negara kerana kehilangannya dan akhirnya ditemui tidak bernyawa. Kejadian yang berlaku pada tahun lalu sehingga kini masih belum menemui siapakah yang terlibat dengan kes tersebut.
Pada 22 Februari 2024, genaplah usia Zayn 7 tahun dan kehilangan Zayn turut dirasai oleh guru-guru Zayn di sekolah. Menerusi satu akaun TikTok, pembantu guru di sekolah Zayn telah memuatnaik sebuah video beserta ucapan hari lahir buat Zayn.
Video tersebut telah disunting dengan meletakkan icon kek hari lahir dan juga lagu ‘ Happy Birthday ‘. Semestinya gambar yang dirakamkan dalam video tersebut ketika Zayn sedang makan di sekolahnya. Video yang ringkas tapi cukup menyentuh perasaan.
Perkongsian video ini telah menerima lebih lima ratus tanda suka daripada waragnet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Pemergian Zayn amat dirindui oleh ramai orang kerana Zayn merupakan seorang anak yang baik menurut ibu dan juga gurunya.
Jom tonton video di bawah :
@sima_9220 Selamat ulang tahun Zayn yg ke 7 🥰.. Semoga kita jumpa lg ye nanti.. 🥰
Perkongsian ini turut membuatkan ramai netizen berasa sebak. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Al-fatihah dibc,, selamat ulang tahun kelahiran wildan syurga Zayn Rayyan Abdul Matin,, brbhagialh di syurga y abadi.. “
” Sedihnya Bila tengok gmbr arwah.. Zayn sambut birthday kt syurga ..bahagianya arwah. setiap Hari tunggu keadilan buat arwah.. “
” Happy birthday zayn rayyan..berbahagia la zayn disna..al fatihah buatmu..comey je dia dduk mc tu.. .rindu nye kt zayn.. Allahuakbar.. “
” Selamat ulangtahun buat arwah zayn rayyan dan al-fatihah semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg Allah kasihi.. “
” Happy birthday wildan syurga..kat syurga awak mesti bahagia sgt..harini harijadi umi aunty tau,sama tarikh dgn awak zayn rayyan.. “
” Sentiasa menunggu keadilan mu dengan sabar wahai penghuni syurga Allah, Zayn Rayyan..namamu sentiasa didalam doaku..Al Fatihah..#justice4zayn.. “
” Zayn skrg bhgia dgn ank2 syurga lain di hr ulang Thun yg ke 7 Thun…syg zayn semoga ada rzki jmpa zayn disyurga Allah.. “
Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 7 tahun buat Zayn Rayyan. Walaupun Zayn sudah tiada di dunia ini namun ulangtahun Zayn tetap diingati. Semoga pemergiaan Zayn mendapat pembelaan dan pelakunya dapat ditangkap dengan segera.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Shima
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Pandai Bella jawab, good answer. Keep going strong Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dengan papa sekali terasa hina. Terbahak lah aku dengan ayat Amayan ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terkantoi pulak dah, ni bukti kukuh ni. Manja betul dengar Bella panggil YB macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bunyi batuk daddy tu yang mahal, dah pandai ajuk daddy ye Zara, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedihnya, apa perasaan ex husband Erma dengar macam tu ye.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Legend la Ayash, dia boleh ingat lirik. Lagu tak boleh bawa bincang pula tu.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Sedihlah, menitis air mata bila dengar dia cakap suami dah tak ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Meremang dengar suara dia, serius merdu. See, yang pernah dia kecam dulu.. ” – Komen Netizen