Connect with us

Viral

” Bahagia kau dik nyanyi lagu ni. Ni lagi gentle, Acap ada lawan lah, haha.. ” – Netizen

Video Gelagat Adik Rayyan Rifqi Menyanyi Lagu Madu Tiga Mendapat Sorakan Ramai. Wah Jarang Budak-Budak Menyanyi Lagu Ni. Sedapnya Suara Rayyan, Siap Joget Lagi. Ramai Pula Tag Acap. Geng Baru Acap Ni, Haha !!

Menerusi akaun Tik Tok Rayyan Rifqi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan seorang kanak-kanak bernama Rayyan Rifqi menyanyi diiringi petikan keyboard olehnatuk Hj Lan. Mendendangkan lagu Madu Tiga, nyanyian oleh adik Rayyan ini mendapat sorakan daripada semua yang ada di dataran.

Suara adik Rayyan memang sedap didengar, ditambah pula adik Rayyan sudah biasa membuat persembahan di hadapan khalayak ramai sebegini. Penuh yakin dan tidak nampak kekok, adik Rayyan juga tidak segan berjoget. Lagu berhantu ni dik, memang terpaling viral di Tiktok sekarang.

Klik gambar untuk info..

Ramai juga di kalangan warganet yang tag nama Acap di ruangan komen. Ini semua gara-gara Acap sehinggakan lagu ini menjadi viral. Kalau team Acap, semua sudah ketar lutut hendak menyanyi lagu Madu Tiga ini. Risau macam-macam melayang di depan muka, hehe.

Yang si adik Rayyan ini pula, santai sahaja menyanyi. Warganet juga dalam berseloroh mengatakan adik Rayyan ini boleh join geng Madu Tiga Acap dan Fad Bocey. Untuk makluman, adik Rayyan adalah juara pertandingan bakat cilik Karnival LPJ Pasir Gudang.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )

@rayyan_rifqi2014

Rayyan nyanyi bersama atuk hj Lan keyboard di dataran tepi sungai Melaka..#gengpakmaon🤓😎🧡😘 #gengpakmaon #busking #lautanbundle #fydongggggggg #fypage #abrosbundleshop #penyanyicilik #melaka #melakatiktok #madutiga #pramlee #busking

♬ bunyi asal – rayyan rifqi – rayyan rifqi

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 28 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Acap s dah ada geng lagi nie haha… boleh join group.. bapak nak nyanyi takot… suruhnye anak haha.. ”

” Nanti dah dewasa adik akan tau maksud sebenar lagu ni haha.. ” – Fad Bocey

” Bahagia kau dik nyanyi lagu ni . kalau abang nyanyi lagu ni kau periuk sampai belakang kepala haha.. ”

” Amboi dik awal dah nyanyi madu 3 haha. mantap lah dik.. acap s.. adik ni pun dah terikut lagu ni.. mantap.. ”

” Wow Hebat Budak ni Nyanyi Lagu Madu Tiga.. cuba suruh ayah budak ni menyanyi lagu ni gerenti mak budak tu duk sebelah hehe.. ”

” Acap S, ni bru betul kental bang haha. siap berjoget lagi, comel sangat. suara pun sedap, seronok tengok rayyan ni.. ”

” Kemain lagi ko ek dik haha.. Adakah dia terpengaruh dengan abang Acap S haha. Nyanyi puas2 adik,, nanti dh kahwin pikir 1000 Kali nak Nyanyi kalau Ada isteri.. ”

” Ni lagi gentle, Acap s ada lawan kah haha.. Amboi bukan main, adik pandai hehe. Pakcik yang belakang tu pun, bukan main happy lagi.. ”

” Jarang budak-budak pandai nyanyi lagu-lagu macam ni.. syok tengok adik ni nyanyi, suara best. lincah siap joget.. ”

Klik gambar untuk info..

Versi budak-budak pun bukan biasa-biasa, sedap didengar. Ditambah pula adik Rayyan ini pandai control lenggok suara. Yang paling win, pakcik di belakang tu sakan berjoget, hehe. Apa-apa pun, adik Rayyan ini ada bakat yang boleh diketengahkan dan semoga menjadi bintang popular pada masa akan datang.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Rayyan Rifqi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT