Artis / Selebriti
” Berani Awie nyanyi lagu ni. Acap confirm lulus ni, haha.. ” – Netizen
Video Dato’ Awie Menyanyikan Lagu Madu Tiga Versi Rock Buat Warganet Terhibur. Wah Berani Betul Dato’ Awie Menyanyi Live Time Konsert. Siap Berjoget Lagi. Seronok Lah Acap Ada Geng Baru Lagi Ni, Hehe !!
Siapa tidak kenal dengan lagenda rock, Dato’ Awie. Baik lakonan mahu pun nyanyian, Dato’ Awie sememangnya sangat berbakat besar. Jika disebut tentang nyanyian, suara emas Dato’ Awie dari dulu sampai sekarang tetap menjadi pujaan ramai peminat.
Meninjau akaun Tiktok asampedaskaw, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dato’ Awie membuat persembahan di majlis apresiasi bertempat di hotel Johor Bahru beberapa beberapa minggu yang lalu. Dato’ Awie bergabung bersama Kugiran Wak Jeng mendendangkan lagu Madu Tiga.
Lagu ini menjadi trending di applikasi Tik Tok apabila beberapa orang selebriti dan influencer diketuai oleh Acap S dan Fad Bocey sering membuat live menyanyikan lagu ini. Mendengar Dato’ Awie membawakan lagu ini dalam versi rock membuatkan warganet terhibur.

Amboi Dato’ Awie nampak seronok sangat menyanyi lagu ini sambil menari. Warganet pun apa lagi, mula lah mengusik Dato’ Awie. Risaunya pulang ke rumah nati Dato’ Awie tidak lepas masuk pintu rumah. Ramai juga yang tag nama Acap di ruangan kapsyen.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@asampedaskaw2 Dato’ Awie ft Kugiran Wak Jeng- Madu tiga | Kredit : Youtube Chintakarya Production #awie #awiewings #datoawie #datoawiewings #madutiga #pramlee #wakjeng #takutbini #teega #teeganyakamu #chintakaryaproduction
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 25 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Awie nii serba boleh … dari rockstar sampai melawak semua dia boleh haha respect sgt tokwie.. ”
” Acap confirm lulus ni.. Awie sentiasa mengikut trend haha.. awie je yang sampai sekarang boleh real live.. ”
” Respect serba bole Dato’ Awie.. paling berani tak payah sorok dalam almari haha.. terus konsert kau.. ”
” Takde sorok-sorok, takde selok belok. dia bagi live depan mata lagi. amik kau haha.. dato awie bawak lagu ni best.. ”
” Kalau dah namanya legend… bawak la lagu genre ape pon… sedap je dengar haha.. nyanyi dangdut pun sedap awie ni.. ”
” Awie mana pernah out dated benda-benda viral dekat Tiktok ni.. nyanyi dengan senang hati nampak.. abis la awie balik rumah nanti haha.. ”
” Sedap pulak madu tiga versi rock hehe. Berani awie nyanyi lagu ni.. Blik rumah tdoq kat luaq la jawabnya ahaha.. ”
Suara tu memang sudah sedap dan berlemak, menyanyi pula lagu hangat dekat Tik Tok. Memang up to date Dato’ Awie ini. Acap dan geng sudah ada ahli baru, boleh lah ajak Dato’ Awie buat live bersama nanti. Kita tengok masing-masing berani macam Dato’ Awie ke tak, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Asampedaskaw
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry
-
Keluarga4 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil



