Artis / Selebriti
” Pucat terus eh muka Mr E. Panik kejap, apa ni, haha.. ” – Komen Netizen
Video Erra Fazira ‘gertak’ Ezwan dengan satu soalan di podcast Kasi Onz buat warganet terhibur. Sampai pucat muka Ezwan nak menjawab. Nakal betul Erra ni yer. Macam tu je kenakan suami dia, hehe..
Pasangan pengantin baru sensasi, Erra Fazira dan Ezwan Zain masih menjadi sebutan ramai. Keserasian antara Erra dan Ezwan mengundang senyuman warganet setiap kali menonton siri podcast yang dihostkan oleh pasangan ini iaitu Kasi Onz Channel.
Episod 5 Kasi Onz bakal bersiaran pada Jumaat ini dan beberapa teaser video telah pun dikongsikan. Menerusi perkongsian di akaun Instagram dan Tiktok Kasi Onz Channel, telah dikongsikan sedutan menarik yang memaparkan Erra mengusik Ezwan dengan satu soalan.
Soalan mengenai bekas kekasih Ezwan diajukan oleh Erra dan kata Erra, Ezwan meninggalkan kekasihnya itu. Wajah Ezwan terus berubah dan kelihatan sedikit panik sambil memandang ke arah Erra. Intonasi suara Ezwan juga kedengaran serius ketika membalas soalan Erra itu.

Rupa-rupanya ada plot twist yang akhirnya mereka berdua ketawa bersama-sama. Suka betul Erra menyakat encik suami tersayang. Soalan itu memang mengundang, nasib baiklah Ezwan seorang yang tenang walaupun riak wajah paniknya tidak dapat disorokkan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Pucat terus eh muka Mr E haha.. panik kejap, apa ni haha.. dua dua kuat mengusik comel je.. tggu mr e lak kenakan erra.. “
” Girlfriend dah jadi wife,, lawak pulak Erra ni. baru gertak sikit dah cuak mr e kena dengan erra. dua dua sama sama suka menyakat.. “
” Comel lah Erra ni, terus takut Mr E.. Pandai Erra menyakat, mau tak berderau darah mr e dengan soalan erra tu.. dengan aku sekali terkejut haha.. “
” Geram tengok perangai orang tua bercinta ni.. dah berani eh gertak en suami haha.. Nasib erra KELAKAR bari kasionzz. Really a presenter PELBAGAI cara n intonasi. BARU kaw kaw pecah PERUT. Be urself ERRA. I love it.. “
” Comelll la so sweet… mr. e risauuu kak erra macam-macam ehhh.. Nampak dah lepas ni erra buli mr e haha.. Lambat pick up la bang.. Hahaha.. Blur ye ketor pun ye hahaha.. “
” Hihi tahu terperanjat Mr E.. Erra ni nakal tau, buli buli encik suami. berdebar kawan tu dapat soalan cepu emas haha.. “
” Hihihi.. pandai Errra Fazira.. kena kn Mr E.. Serasi gitu.. Selalu senyum sorang² la kalau tgk mr e dan mrs e… Manja tauu.. “
” Risau lah tu salah cakap haha.. panik terus keluar tone suara serius mr e haha.. kecut perut suami tau Erra haha.. kena gertak mau tak panik.. “
Soalan cepu emas daripada seorang isteri, mahu tak panik Ezwan dengan soalan itu. Kalau salah jawab, boleh bermalam di luar rumah agaknya. Apa-apa pun, itu hanyalah sekadar jenaka dan hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga terhibur menonton video ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Kasionzchannel, Tiktok Kasionz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Pertama kali seorang lelaki served aku makan macam tu yer.. ” – Erma Fatima
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” One day ‘aku nikahkan akan dikau Nur Fatima Aisya’, arghh sedihnya membayangkan detik tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Berdekah tengok bila Cik Lan tolak Dato’ Vida tu, lawak betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Puas dah zoom in zoom out tulisan jantina baby tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Nombor 1 macam Haris. Nombor 2 sebijik muka Neelofa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen

