Connect with us

Artis / Selebriti

” Power Aisha Retno, suara masa ni pun dah power.. ” – Komen Netizen

Bekas guru Aisha Retno kongsi video throwback persembahan Aisha ketika berusia 17 tahun. Fuh, sejak zaman sekolah lagi dah power suara Aisha. Meremang dengar suara Aisha..

Meninjau entry di akaun Instagram Ahmad Nizam Daud (bekas guru Aisha Retno), telah dimuatnaik satu video yang memaparkan persembahan nyanyian daripada Aisha Retno. Video ini dirakamkan sekitar tahun 2017 ketika Aisha masih bergelar pelajar dan berada di tingkatan 5.

Guru ini berkongsi kisah dia mengiringi Aisha dan adik Aisha, Sayed Abu Hanifa dan beberapa orang Svian menghadiri uji bakat bagi pertandingan Berjaya Teenstar Challenge 2017. Guru Aisha juga turut memberitahu Aisha tidak terpilih pada pertandingan ini kerana juri merasakan Aisha sudah terlalu hebat untuk bersaing dalam pertandingan tersebut.

Nyanyian Aisha sememangnya merdu dan lantang. Sebutannya jelas dan Aisha ada caranya tersendiri untuk mencuri hati pendengar. Selain itu, pendedahan mengenai keperibadian Aisha yang menyenangkan dan lembut dalam tutur kata dan sopan turut didedahkan oleh guru ini.

Kini Aisha antara penyanyi yang popular dan gurunya ini sering mengucapkan tahniah kepada Aisha setiap kali Aisha berjaya dalam apa-apa pertandingan. Kejayaan seorang pelajar yang membanggakan hati seorang guru dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk pelajarnya ini.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :

” Noh daripada dulu dah power budak Aisha ni.. memang berapi letopan lah Aisha.. lama cikgu simpan video Aisha ni ye.. “

” Cikgu jgn ltk d fb kt sne ramai toksik ..kita share nk tunjuk bakat tp yg dilihat benda lain..Tahniah cgu didik aisyah talented n bijak.. “

” I wish in one fine day aisha duet with shalma eliana singing this song, their voice truly can make the song magical. Grenade dah pernah buat. Yang ni next.. “

” SVian ke Aisha ni? Baru tahu. maksudnya aisha retno lagi muda dri aku.. Anyways, selamat hari guru buat Cikgu Nizam & semua warga pendidik yang terlalu banyak berjasa dgn kami.. “

” Power Aisha Retno, suara masa ni pun dah power.. patut lah sekarang bertambah-tambah padu.. love sangat dengar suara Aisha.. “

” Pada 2017 juga sudah hebat. Semoga Aisha mencapai impiannya dan menjadi bintang yang hebat dalam arena seni tanah air.. “

” Uishhh, dari dulu power la.. I refuse to believe this is real.. Her voice just perfect.. power lah vokal Aisha ni.. “

Terbukti Aisha memang berbakat besar dan vokalnya tidak dapat dinafikan lagi merdu serta ada auranya yang tersendiri. Tidak hairan lah kerjaya seni Aisha semakin bersinar dan menjadi salah seorang penyanyi wanita kesukaan ramai peminat. Semoga Aisha terus success dalam kerjayanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ahmadnizamdaud, IG Aisha Retno   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific

Trending

Copyright © Berita Kopak