Artis / Selebriti
” Aku tengok muka dia, aku geram je nak tumbok muka dia.. ” – Aedy Ashraf
Video Aedy Ashraf dedah pernah bergaduh dengan Ben Ali. Sampai seminggu tak bertegur, marah betul Aedy dengan Ben masa tu. Tapi tak sangka ini je puncanya diorang bergaduh..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Bena1i, telah dikongsikan satu video sedutan podcast Sembang Seram yang menampilkan Aedy Ashraf sebagai tetamu jemputannya. Podcast ini dipengacarakan oleh Safwan dan banyak yang mereka bicarakan sepanjang podcast berlangsung.
Menerusi video perkongsian ini, Aedy membuka cerita mengenai peristiwa lucu antara dia dan sahabat baiknya, Ben Ali. Untuk makluman semua, Ben Ali merupakan pengasas Absolute Bazaar dan antara usahawan yang bertaraf jutawan dalam negara.
Cerita Aedy, dia mula tinggal serumah dengan Ben ketika usianya 16 tahun. Ben pula pada waktu itu berusia 19 tahun dan masih lagi bergelar pelajar di Universiti Teknologi MARA cawangan Machang, Kelantan. Ben adalah sahabat baik Aedy dan mereka banyak melalui susah senang bersama-sama.

Kisahnya bermula apabila rumah sewa Ben tidak memiliki TV dan Aedy mengajak Ben ke kedai untuk membeli sebuah TV. Masalah terjadi kerana kedua-duanya tersalah faham mengenai siapa yang akan membayar TV tersebut dan menyebabkan mereka tidak bercakap selepas itu.
Jom tonton video perkongsian di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :
” Tak boleh lah mcm tu ben, umah kena ada tv haha. adui mengekek aku gelak part ni.. lawak tapi tu lah kenangan drg yang akan drg ingat sampai bila-bila.. “
” Yee part ni melekekkk betul .. asal aedy leh confident pikir ben akan bayar sedangkan dia yang ajak g beli tv ek .. HAHAHHAHAHA ngko betul mawi aaaa dyyy.. “
” Hahah.. dalam hati mesti dia kata “best weiii aedy nak belikan tv kt aku..” .. pegi balik jumpa uncle then beli tv, after 20years korg sidai uncle tu konon2 nak beli tv.. “
” “Apesal aku gado pasal tv ea?” mase tu roh dy baru masuk jasad… part ni saya gelak besar.. kelakar betul.. “
” Ben rumah kena ada tv. mana boleh tak dak tv. awat tak boh tv! hahahahahaha. carik balik uncle tu korang. pegi beli kedai tv dia teros.. “
” Harini kalau ben nak beli kedai tv tu pun boleh la sia hahahah.. adui lawak betul. rumah kena ada tv ben. kau pulak yang kena bayar haha.. “
” Yang aku gelak.. macam mana situasi apek tu er. harey dah seronok mau dapat untung. tiba-tiba tak jadi sebab ini budak haha.. Mampuihhh,gaduh Sebb tv bakpe.. “
Lawak sungguh mendengar cerita pergaduhan Aedy dan Ben Ali, kenangan mengusik jiwa yang pastinya tidak akan dilupakan oleh 2 orang sahabat karib ini. Apa-apa pun, perkongsian ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur menonton video tersebut.

Silakan SHARE..
Sumber : IG bena1i
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” One day ‘aku nikahkan akan dikau Nur Fatima Aisya’, arghh sedihnya membayangkan detik tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Puas dah zoom in zoom out tulisan jantina baby tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Risau untuk saya nak cakap benda ni. Comeback yang sebenarnya, saya memilih untuk tidak.. ” – Aliff Aziz
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen

