Artis / Selebriti
” First time dengar dia cerita pasal ayah dia. So heartbreaking.. ” – Komen Netizen
Video perkongsian Aedy Ashraf mengenai kisah hidupnya yang tidak pernah diceritakan kepada umum buat ramai tersentuh. Sedihnya hidup Aedy, lebih-lebih lagi tentang ayahnya. Tak sangka sepahit itu Aedy kena hadap..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Official Hlive dan Tiktok Aleesaameer, telah dikongsikan beberapa sedutan video yang memaparkan Aedy Ashraf tampil sebagai tetamu dalam podcast Kita Kita Aje Podcast yang dihostkan oleh pengacara terkenal, Datuk Aznil Hj Nawawi atau Paknil.
Ketika diajukan soalan mengenai kehidupan Aedy dari kecil hingga sekarang, Aedy secara terbuka berkongsikan kisah pahit hidupnya yang tidak pernah dikongsikan sebelum ini. Aedy lahir dalam keluarga yang porak peranda dan berpecah belah kerana najis dadah.
Jika orang lain mencipta banyak memori indah bersama ayah, ianya berbeza dengan Aedy. Ada satu kejadian yang membuatkan Aedy merasa tidak selamat bersama ayahnya. Walaupun banyak luka yang dilalui oleh Aedy sejak kecil, namun anak muda ini tidak pernah berdendam dan menyalahkan sesiapa.

Percakapan Aedy yang teratur dan matang itu dipuji oleh warganet. Aedy turut mendedahkan keadaan terkini ayahnya dan rasa syukurnya kerana banyak perubahan yang dilalui oleh ayahnya itu. Aedy sangat positif dan menerima segala qada dan qadar Allah dengan hati yang terbuka.
Jom tonton video di bawah (video penuh di hujung artikel) :
( Klik butang KANAN > untuk melihat video seterusnya )
@aleesaameer Perjalanan hidup pahit & manis Aedy Ashraf….please dengar poadcast kita² aje,full ep….Banyak yang boleh kita belajar tentang pengalaman yang dilalui oleh Aedy….yang pahit pasti akan manis juga wp mengambil masa yang lama✨💙 #aedyxashraf #paknil #kita2aje #fypシ゚
Perkongsian tersebut telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Hari ini pada podcast ini saya nampak satu sisi berbeza pada anak muda ini. Dia seorang anak yang baik pembesarannya walau dalam ketidakseimbangan keluarga. Tidak menyalahkan, malah memahami. Positive dalam pemikiran.. “
” So matured, menerima takdir, hikmah yg terselit. Such a strong person. Anak soleh. Cara kamu betul ..menerima kenyataan siapa diri kamu yg benar dan sanggup memaafkan All the best boy.. “
” First time dgr dia cite pasal ayah dia, soo heartbreaking.. bagusnya cara dia susun tutur kata dia.macamana dia positive letakkan diri dia as mak Dan Ayah dia..selalu bersangka baik.. walaupun kehidupan di waktu awal x mudah.. “
” Masa lahirkan saya… (suara Aedy bergetar) it’s tough journey for him and his parents too, tp dia boleh menerima keretakan rumahtangga ibu ayah, boleh memaafkan perbuatan ayah, Aedy boleh menerima ayah yg sebegitu, its not easy but yet dia cuba memahami and become stronger.. “
” Tabik cara aedy ashraf bfikir yg matang. the best aedy…walaupun waktu kecilmu Tk seindah… TPI now U susses.. congratulations Aedy.. “
” U matang melalui pengalaman…. u redha n memaafkan n bercerita as pengajaran n pengalaman .. u really gentleman … semoga Aedy sentiasa dlm RahmatNya.. “
” Syabas Aedy.. bukan mudah nak lalui semuanya.. Kamu tidak salahkan ayah kamu dengan apa yg telah terjadi & sangat menghargai ibu kamu.. “

Betapa kehidupan mengajar Aedy erti sebuah kehidupan sebenar dan menjadikan Aedy seorang yang matang dan positif menerima ketentuan Allah. Semoga Aedy akan terus berjaya dalam hidup, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan berbahagia selalu bersama keluarga tersayang.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Hlive, Tiktok Aleesaameer, Youtube Channel Kita Kita Aje
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Astaghfirullahalazim, mommy cakap buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti7 days ago” First time dengar lagu Injit Injit Semut sedap macam ni. Alahai lenggoknya bukan main.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tarikh telah ditetapkan, cuma.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baby dengar apa mummy cakap, sebab mummy suruh buat pilihan.. ” – Jebat Jayden

