Artis / Selebriti
” Macam tu je dia puji orang lain depan mak dia. Memang terlebih jujur Rina ni.. ” – Komen Netizen
Video perbualan antara Maryam You Narae dan Ryzal Ibrahim bersama anak mereka, Rina buat warganet terhibur. Comel sangat Rina pakai tudung. Part Rina puji dirinya cantik seperti seorang selebriti wanita tu kelakar. Omma pun kalah, haha..
Anak sulung kepada pasangan popular, Maryam You Narae dan Ryzal Ibrahim iaitu Rina seringkali mencuri perhatian warganet dengan gelagatnya yang ceria. Rina seorang anak yang sangat petah bercakap dan berkebolehan bercakap dalam beberapa bahasa.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Maryam You Narae, telah dikongsikan satu video yang memaparkan telatah Rina apabila bersama Maryam dan Ryzal. Kelihatan pada awal video, Rina sedang makan satu hidangan yang berada di hadapannya.
Rina memberitahu hari itu dia memakai tudung dan dirinya cantik dengan gaya seperti itu. Rina juga ada menyebut nama seorang pelakon wanita popular dan mengatakan dia cantik seperti pelakon tersebut. Ryzal yang mendengar ayat Rina itu ketawa besar.

Maryam pula menyampuk mengatakan Maryam juga bertudung dan Rina sepatutnya mengatakan dirinya cantik seperti Maryam. Ryzal turut bertanyakan kepada Rina adakah Rina kenal siapa pelakon yang dipujinya itu. Spontan sahaja Rina menjawab, pelakon itu adalah kawan Omma.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 33 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Rina dah besar bertambah cantek , Korean look.. comelnya Rina pakai tudung, betul la macam Mira Filzah.. “
” Lawak la rina, so cute.. suka sangat ye dengan Mira Filzah.. Rina puji Mira Filzah sampai terpelanting omma.. haha.. “
” MasyaAllah.. cantik rina pkai tudung .. Jujurr betul Rina ni ahahhaha omma lawa laaa.. Rina macam mira filzah, cantik macam omma.. “
” Hahaahahah.. ye laa ada ghuper mira.. comelnya Rina bertudung.. dah lah cantik, bijak pulak tu bercakap.. “
” Cantik sampai aunty x kenal tu Rina. Mira Filzah ni ramai betul peminat. peminat cilik pun suka Mira.. Rina cantik macam omma la.. “
” Hahahaha redho je lah mama.. mira filzah lagi cantik rina kata.. good luck tina, tidur dekat luar ye malam nanti.. “
” Perangai kelakar macam Omma.. Mcam tuu jer dia pujii org lain dpan mak diaa.. memang terlebih jujur ni Rina, haha terbahak aku ketawa.. adoii bijaknya Rina.. “
Mencuit hati jawapan Rina, namun pujian Rina untuk Mira Filzah itu jujur dari hati. Kata orang, budak tidak pandai menipu. Apa-apa pun, Maryam juga cantik kerana itu Rina comel seperti ini. Semoga Rina menjadi anak yang solehah dan muslimah yang sejati.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Maryamyunrrr
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Astaghfirullahalazim, mommy cakap buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti7 days ago” First time dengar lagu Injit Injit Semut sedap macam ni. Alahai lenggoknya bukan main.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tarikh telah ditetapkan, cuma.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baby dengar apa mummy cakap, sebab mummy suruh buat pilihan.. ” – Jebat Jayden

