Connect with us

Artis / Selebriti

” Pergh suara ayah pun power, gempak lah. Patut Putera suara sedap.. ” – Netizen

Video Putera Muhammad Cover Lagu Viral Pinjam Seratus Bersama Ayahnya Raih Perhatian Warganet. Wow Suara Ayah Putera Bukan Biasa-Biasa. Ada Yang Kata Macam Suara Aris Ariwatan, Power Lah !!

Nama Putera Muhammad menjadi sebutan sejak kemunculannya dalam pertandingan realiti Big Stage. Berjaya mendapat tempat ketiga Big Stage musim lalu, sekali lagi nama Putera Muhammad menjadi sebutan apabila bergelar coach buat adik Amir dalam program The Chosen One.

Suara Putera Muhammad yang lunak dan merdu ini membuatkan ramai tertarik kepadanya. Di sebalik kehebatan suara Putera Muhammad ini, rupanya ayahnya juga memiliki suara yang sedap didengar. Meninjau akaun Tiktok Putera Muhammad, satu video terbaru Putera Muhammad bersama ayahnya telah pun dimuatnaik.

Tulis Putera Muhammad di kapsyennya berbunyi ‘ Pinjam 100 featuring bapak gua ‘. Lagu dendangan asal kumpulan Wings Nur Nilam Sari versi Pinjam Seratus tular dan menjadi siulan ramai sejak kebelakangan ini dan Putera Muhammad juga tidak terlepas daripada trend baru.

Apa yang membuatkan warganet terpegun adalah suara milik ayah Putera Muhammad. Sekali dengar tak ubah seperti suara Aris Ariwatan. Komen warganet, patut lah Putera Muhammad ada suara yang best, tengok lah suara ayahnya. Gandingan yang hebat dua beranak ini.

Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video di bawah lambat keluar ) :

@puteramuhammad_

Pinjam 100 featuring bapak gua

♬ original sound – Putera Muhammad – Putera Muhammad

 

Perkongsian oleh Putera Muhammad ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Pergh suara ayah pun power.. bang cover sikit dengan ayah tu.. ayahnya pun suara power dah.. ”

” Perhh ayah pun padu.. mcm suara Aris Ariwatan.. Dah tahu dah suara sedap tu dapat dari siapa.. mantap lah suara.. ”

” Perghhh… suara ayah dia memang superb.. Macam suara Aris Ariwatan la suara ayah dia.. fuhh padu anak dengan ayah ni.. ”

” Bapak dia pun bukan biashe-biashe mat.. suara tu power betul.. Mudanya ayahnya macam abang dengan adik.. ayah kawen muda eh.. ”

” Sedap suara ayah dia, gempak lah.. suara bapak bukan biasa-biasa ye.. Bapak ikut trend derrr.. seronok ayah sporting camni.. ”

” Pak cik, nyanyi lagu broery marantika please.. mesti padu.. patut lah putera suara sedap, tengok lah suara ayah dia. fuh mantapppp.. ”

” Eh sebijik suara Aris Ariwatan lah suara apak dia.. bestnya suara apak Putera.. buat cover panjang sikit bang.. ”

Memang padu lah suara anak dan ayah ini, tak sangka suara ayah Putera sedap sebegini. Bak kata pepatah, mana tump4hnya kuah kalau tidak ke nasi. Selepas ini boleh lah Putera Muhammad buat cover yang panjang sedikit bersama ayah, mesti ramai yang tak puas mendengar suara nyanyi ayah Putera itu.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Putera Muhammad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT