Connect with us

Artis / Selebriti

” Amir nakal ye, hehe. Abang dah jelang m4ut tu Amir.. ” – Netizen

Video Amir The Chosen One Menyanyi Lagu Nasyid Bersama Abangnya, Shaidin Raih Perhatian Warganet. Wah Abang Yang Ni Pun Best Suara. Rupanya Amir Tengah Tak Sihat Masa Latihan Ni Tapi Suara Padu Jugak. Nakal Rupanya Amir Ni, Suka Menyakat Abang !!

Hari demi hari, nama adik Amir The Chosen One semakin meniti di bibir ramai. Umpama satu fenomena, aura Amir ini dirasai oleh ramai penonton setia program realiti tersebut. Amir merupakan bakat baru yang diharapkan dapat mewarnai lagi arena seni tanahair.

Diuruskan oleh gurunya sendiri, banyak video Amir dikongsikan di akaun Tiktok Termoj Production. Meninjau akaun Tiktok ini, satu video yang memaparkan Amir bersama abang keduanya bernama Shaidin sedang membuat latihan bersama-sama.

Menyanyikan lagu nasyid dendangan asal kumpulan Raihan berjudul Sesungguhnya, baik Amir mahu pun abangnya mempunyai suara yang merdu. Pada paparan video tersebut ada ditulis mengatakan Amir tidak sihat ketika itu. Dalam tak sihat, Amir masih bersemangat berlatih dan suaranya tetap merdu.

Berbeza dengan di atas pentas, Amir di luar seorang yang ceria dan aktif orangnya. Ligat dan tidak reti duduk diam, ada sahaja aktiviti yang dilakukan oleh Amir. Lihat sahaja dalam video ini, sempat Amir menyakat abangnya. Sejenis yang nakal juga Amir ni rupanya. Seronok melihat Amir ketawa.

Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video di bawah lambat keluar )  :

@termoj.production6

#EvolusiBintangBaharu #fyp #amirthechosenone #astroceria #adikamir #termojproduction #diaridaripedalaman #fypシ @Putera Muhammad

♬ original sound – Termoj Production – Termoj Production

Lebih 1000 tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Akhirnya dapat tengok abang kedua Unuk.. Baru 1st time nampak abang kedua unuk kan.. semua pun comel-comel.. ”

” Sak1t-sak1t pun suara tetap power…. semoga adik amir berjaya Aaminn….. evolusi bintang baru… amir tiada tandingan.. ”

” Santai ja nyanyi tp sedapp sgt sora.. merdu sedap suaranya.. rilex jer dia tarik.. Sweet jer muka adik beradik ni.. ”

” Suara Amir ni ada aura tersendiri.. dalam sak1t-sak1t sempat mengusik abang nya.. amir amir.. ”

” Kuat juga dia wlupun x sihat.. abg dia yg ni fotocopy muka ayah dia.. sedap suara adik beradik ni keep it up handsome boy.. ”

” Padu adik Amir nyanyi … xsihat pun suara merdu lagi.. mak dieorg telan cd mp3 ke mse mgndung dieorg ni, suara ya allah merdunye la.. ”

” Sak1t pun suara sedap, adk beradik semua sedap suara.. tengok gelagat dia mengusik abang tu, amir n4kal ye hehe.. abang dah jel1ng m4ut tu amir haha.. ”

Adik beradik biasanya memang suka usik mengusik antara satu sama lain. Amir ni sihat ke tak sihat suara tetap lunak merdu bak buluh perindu. Suara si abang pun sedap juga. Lepas ini boleh lah cikgu tubuhkan kumpulan nasyid adik beradik untuk Amir dan abang-abangnya.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Termoj Production

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT