Artis / Selebriti
” Pergh, Diva AA terus dia bawak. Berani betul letak gambar Ziana Zain, haha.. ” – Komen Netizen

Kemunculan Diva AA dalam video muzik terbaru Naim Daniel buat ramai yang tak sangka. Wah lain macam yer muzik video Naim kali ni, memang gampak lah. Part gambar Ziana Zain tu lagi tak expect, berani betul yer, hehe..
Meninjau ke akaun Instagram Naim Daniel, perkongsian teaser video muzik terbaru Naim telah meraih perhatian ramai. Di awal video memaparkan Naim menyanyi sambil berjalan di tengah jalan raya dan kemudiannya memegang sebuah motosikal berkuasa tinggi pada tahun 1990.
Lagu terbaru Naim ini cukup merdu dan mendayu-dayu. Seperti biasa vokal nyanyian Naim memang sangat mantap. Namun di akhir video ramai yang tidak menyangka akan kemunculan Azwan Ali atau dikenali dengan panggilan Diva AA sebagai Naim sewaktu usia tua pada tahun 2025. Eh, nampak seiras pula kan.
Diva AA hanya miming sahaja lagu Naim dan di sebalik video tersebut turut dipaparkan memori Diva AA bersama penyanyi, Ziana Zain ketika muda. Kapsyen yang ditulis oleh Naim dalam video tersebut berbunyi ‘ Kau sekolah tak ?? ‘ yang sering disebut oleh Diva AA juga mencuit hati ramai.
Perkongsian video ini telah menerima lebih lapan ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Memang lain daripada yang lain untuk muzik video Naim pada kali ini. Jarang sekali Diva AA muncul dalam muzik video mana-mana penyanyi.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Berani betol letak gambor ziana zeng.. engko ni kot ye pun, kat tengah jalan tu .. Artt berat tapi legend.. pelik betul kombinasi cenni tp ok je.. “
” Tak expect dan tak percaya azwan ali jadi extra pelakon .. lain macam MV.. Diva AA terus dia bawak..pergh.. Terpaling random.. “
” Ok unexpected.. Klip2 yg terlibat sgt random yee.. cant wait. Menentang tu cinta lama dia. Putus cinta. Putus tapi masih cintaaaaaa .. “
” Cinta tak kesampaian cinta tak harus memiliki .. yg tinggal hanyalah kenangan biarpun selama yg ada. Ajl40 nak cameo diva AA dan kak ziana di pentas ajl40..sedih lagu ni.. “
” Randomnya weh .. Sedap nye suara diva AA eh… xkan tidekkkk eh … power.. road to ajl 2026 menyala naim ku.. tq menghiburkan hari saya dan yang lain.. “
” I’m speechless.. Ya Allah cepatla releaseeeeee.. Dik kenapa suara ko sedap sangat.. Dari sedih jadi kelakor la pulak.. Uishhh this is something else lahhhhhh .. “
” Ensem gilaaaa bng azwan msa muda dlu lgi2 msa jdi hos juara lagu tpi tulaaa arap AA sntiasa dpermudahkn smua urusan apepn sdp arr lgu ni naim.. “
Lagu ini bakal dilancarkan pada penghujung bulan Januari ini berjudul lelaki ini. Pastinya ramai tidak sabar ingin menonton video penuh muzik video ini kerana melihat teasernya sahaja sudah cukup mencuri perhatian. Semoga segala urusan dipermudahkan buat Naim Daniel. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Naim Daniel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Adoila kak Erma, ni cinta berapa segi ni. Berebut tunang pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Tergelak dengar Rina betulkan Bahasa Melayu Omma, pandai sangat lah Rina.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sejak bila Abang Long lucu. Dengan Amira, keluar perangai sebenar dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Short, simple and sweet. Dia betul betul mengangkat darjat Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Comelnya gelagat kak long di dapur. Geram dengar dia cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Deep sangat sampai ke dalam jiwa. Kak Long anak yang sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago
” Best suara dia, menusuk kalbu. Terbayang arwah SS weh, sumpah aku nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terngiang-ngiang Kak Ning punya suara bila mengaji. Sedap sangat.. ” – Komen Netizen