Connect with us

Artis / Selebriti

” G1la hebat boleh nyanyi dalam keadaan terbalik, tak tertelan pulak halkum.. ” – Netizen

Buat Kelainan Di Pentas Anugerah Juara Lagu 37, Naim Daniel Terima Pujian Daripada Peminat. Ingatkan Video Yang Terbalik, Sampai Senget Kepala Tengok Naim Menyanyi. Tergantung Tinggi Tu Tapi Suara Tetap Power. Memang Rare Dan Padu Lah Naim !!

Pentas final Anugerah Juara Lagu ke 37 ( AJL37) telah pun melabuhkan tirainya. Semalam menyaksikan pelbagai persembahan yang hebat dan menarik daripada semua peserta dan salah seorang yang menjadi perhatian adalah Naim Daniel.

Meninjau akaun Instagram Naim Daniel dan TV3 Malaysia, telah dikongsikan gambar dan video ketika Naim melakukan persembahannya itu. Membawakan lagu berjudul ‘ Mainan ‘, Naim nyata membawa kelainan yang membuatkan penonton di auditorium dan di rumah teruja.

Tidak pernah ada dalam sejarah AJL penyanyi menyanyi secara terbalik dan ini yang dilakukan oleh Daniel. Dengan kakinya yang terikat ke atas, persembahan tergantung Naim ini mendapat tep0kan gemur0h daripada penonton.

Seakan tidak menjadi masalah untuk Naim menyanyi secara terbalik sebegini, vokal Naim tidak boleh dipertikaikan. Alunan suara yang merdu, ianya langsung tidak mencac4tkan mutu suara Naim. Ini baru betul penghibur, salute lah Naim.

Jom baca perkongsian di bawah :

Jom tonton video di bawah :

Video ketika persediaan untuk mengikat kaki Naim sebelum Naim muncul di pentas.

Persembahan oleh Naim ini mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Ramai yang memuji kehebatan Naim dan antara komen-komen yang diberikan :

” Internationale Naim Daniel, kau memang terbalik dari langit. Rare betul, berani salute lah. Gempak habis mcm david copperfield.. “

” G1ler hebat boleh nyanyi dalam keadaan terbalik. Aku nyanyi berdiri normal pun dah mcm ses4k nafas.. good job naim.. “

” Ingattkann tv yangg terbalikk rupanyaaa kamuu yangg terbalikk. kau mmg g1le la naim … sump4h aku yg tngok aku yg rasa mcm darah aku turun … u deserve my respect brada… salute.. “

” Rekod baru dalam AJL perform terbalik.. terbaik. Akan diingat sampai bila bila kau Naim. Satu Malaysia kau terbalik phone ya.. “

” Dalam sejarah.. boleh plk dia nyanyi dgn sngt baik dlm keadaan tgantung mcmtu. Terbalik pun vokal maintain samapi ke sudah dia nyanyi terbalik.. “

” Terbaling cenggitu pn suara Lemak merdu weeeyy. World record ni 1st time nyanyi terbalik.. “

” Masalahnya sedap sgt pulak suara dia nyanyi terbalik mcm tu. Tak tertelan pulak halkum.. “

Memang hebatlah persembahan Naim kali ini, kelainan yang pastinya akan sentiasa diingati oleh semua peminat AJL. Walaupun Naim tidak berjaya meraih sebarang anugerah, namun Naim tetap berjaya di hati peminat. Terus maju jaya dan berkarya pada masa akan datang Naim.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Naim Daniel, IG Tv3 Malaysia

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT