Artis / Selebriti
” Sebenarnya Nabil dan Hawa, ini bukan Diva AA punya kerja.. ” – Azwan Ali

Video Azwan Ali menjelaskan mengenai gambar Ziana Zain yang hangat diperkatakan dalam video muzik Naim Daniel yang berjudul Lelaki Gila raih perhatian ramai. Oo patut lah Diva AA guna gambar Ziana, ini sebabnya..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram MeleToP, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA hadir ke studio MeleToP sebagai tetamu jemputan. Ini kerana Diva AA menjayakan music video Naim Daniel berjudul Lelaki Gila.
Diva AA hadir memakai baju yang sama sebagaimana dalam MV tersebut. Riuh suasana dalam studio MeleToP dengan gelak ketawa dan sorakan penonton. Siapa yang tidak kenal dengan mulut berbisa Diva AA, namun ianya menghiburkan semua pada malam itu.
Selain berkerusi roda, Diva AA turut membawa sekeping gambar wanita yang disayangi sejak lama dahulu. Rupa-rupanya ia gambar penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain. Jika dalam MV Naim pun ada gambar Ziana, untuk rancangan MeleToP juga tidak terkecuali.
Ramai yang bersetuju Diva AA adalah peminat setia Ziana. Sayangnya pada Ziana diketahui oleh semua. Diva AA turut mendedahkan, dia pada awalnya langsung tidak mengetahui gambar Ziana akan digunakan sebelum penggambaran MV lagu Naim. Semuanya perancangan Naim dan Diva AA hanya mengikut sahaja.
Jom tonton video di bawah (tonton video penuh di hujung artikel) :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ingatkan gambar siapalah dia pegang tu. Ziana zain rupanya hehe.. Minat gila dia dekat ziana zain smpai sanggup bawak gambar.. “
” Setia pada cintanya.. Smpi ke sudah gmbar ZZ.. hahahaha kau la kak, kalau kau kawen dgn dia dlu rasa dah elok dia skang.. “
” Setia pada yang 1… Tabik spring divaazwanaliofficial.. Perasan tiap kali abang azwan kena jemput kat mana2 program mesti tak lekang dengan ucapan terima kasih kat kru2 dan penerbit.. “
” AA buat aku tersengih sorang-sorang sambil hadap fon.. hahaha.. Azwan Haji Ali memang best lah.. “
” Kekadang Aku tgk Diva AA ni kelakar jugak.. dia Nye cakap Tu Lepas habis… harap yg lain tak ambil hati Dan perlu tau yg segala lontraran ITU semua hanya perckpan dari mulut saje… bukan dari hati Dan naluri seorang artis.. “
” Ahahai. Baru nk lyn lgu lelaki gila n tgk diva feel.. tiba2 nabil ckp ‘video yf korg tgk ni pendek je kalau nk tgk yg pnjg.. “
” Lawak la depa ni.. Dia lupa itu acara tv terlepas cakap.. hehehe Diva AA kan.. aduiilahh mengekek2 aku tgk keletah diva ni weyhhh.. hahaha.. “
Diva AA memang seorang yang kelakar dan mencuit hati. Mungkin mulutnya sahaja yang sedikit lepas tetapi dia masih Azwan yang dahulu yang sporting melayani penonton. Semoga Diva AA dikurniakan usia yang panjang dan kesihatan yang baik serta berbahagia selalu.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Meletop, Youtube Channel Meletop
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Best suara dia, menusuk kalbu. Terbayang arwah SS weh, sumpah aku nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago
” Tak keruan Bella dekat Mekah tengok live ni. Banyak sangat YB terlepas cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Deep sangat sampai ke dalam jiwa. Kak Long anak yang sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Tergelak dengar Rina betulkan Bahasa Melayu Omma, pandai sangat lah Rina.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Adoila kak Erma, ni cinta berapa segi ni. Berebut tunang pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Jujur aku sedih dengar apa Bella cakap. Tulus hati dia mendoakan YB.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Comelnya gelagat kak long di dapur. Geram dengar dia cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sejak bila Abang Long lucu. Dengan Amira, keluar perangai sebenar dia.. ” – Komen Netizen