Artis / Selebriti
” Sweetnya Rina, pandai Rina main dengan adik.. ” – Komen Netizen
Video gelagat anak sulung Maryam You Narae, Rina ketika bertemu dengan adiknya yang baru lahir raih perhatian ramai. Alahai Rina, pandai main cak-cak dengan adik baby, comel sangat..
Meninjau ke akaun Tiktok Maryam Durian Kimci, perkongsian sebuah video yang memaparkan gelagat anak sulung Maryam You Narae dan Nik Muhamamd Ryzal bertemu dengan adiknya yang baru sahaja dilahirkan telah meraih perhatian ramai.
Rina yang berusia 3 tahun dilihat begitu teruja melihat adik lelakinya. Rina bermain cak-cak sambil menutup mukanya. Alahai, pandainya Rina melayan adiknya walaupun adik Rina masih terlalu kecil dan belum memahami apa-apa.
Sekadar info, Maryam merupakan wanita Korea telah mendirikan rumahtangga bersama jejaka dari Malaysia iaitu Ryzal yang berasal dari Kelantan. Mereka kini menetap di Malaysia dan Maryam juga dilihat sudah sebati dengan budaya di Malaysia.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Tidak sabar untuk melihat adik Rina membesar dan bermain bersama-sama Rina. Pastinya bertambah meriah rumahtangga Maryam dan Ryzal.
Jom tonton video di bawah :
@duriayyvnj1 bestnya Rina dah dapat adik😘😘#xybca #foryoupage #foryou #fyp #rina #ryzalibrahim #maryamduriankimchi #maryam
♬ bunyi asal – MARYAM DURIAN KIMCI❤️ – MARYAM DURIAN KIMCI❤️
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Selamat berpantang Maryam Durian Kimchi. Tahniah. Ehh tiba2 dah bersalin..igt lmbt lg.. Bagus nye mariam.. Xde pun show off baju ketat npk baby bump perot.. “
” Tahniah rina dan slmt berpantang. Rina akan jadi Kakak yg terbaikk percayalah Rina kakak yg bisa di andalkan.. Doakan sy dpt zuriat jgk. Tahun ni genap 10tahun penantian.. “
” Syukur alhamdulilah tahniah Maryam ,ryzal sekeluarga Selamat bermenjahani tempoh berpantang Maryam. lps ni dh boleh bygkan kakak rina pulak bagi adik mkn.. “
” Dua2 pun baby comey, rina dah naik pangkat kak long. tunggu adik besar sikit boleh main sama2 ye kak long. rina adik bru umur 2 ari bkn 2 bln nk main cak2.. “
” Mesti comel.nnti rina dgn baby ckp korea dgn kalate.. tringat Rina masa baby,masa nangis dia punya jerit tu…masa berlalu,dh jdi kkak dah.. “
” Mesti nanti comel bijak macam Rina,,nanti Bila adek dah besar ajak makan Sama sama Bila Rina buat content makan dengan masak makcik suka tengok Rina mqkan.. “
” Maryam dah bersalin. Tahniah dah selamat bersalin & selamat berpantang Maryam. Seronok Rina dapat adik.. Rina so sweet.. pandainya rina main dgn adik. “
Dengan kelahiran cahaya mata kedua ini maka lengkaplah sepasang cahaya mata buat Maryam dan Ryzal. Tahnah diucapkan kepada pasangan ini. Semoga segala urusan dipermudahkan buat Maryam sepanjang melalui tempoh berpantang. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : TT Maryam Durian Kimci
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selama ni Hussain menyorok kat mana ye, effortless betul suara dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Muka Ameng tu aku tak tahan. Tergelak aku tengok, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku dah mula start nak nangis, lagu best dan suara mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ini yang ditunggu-tunggu. Akhirnya BASS berduet juga guna lagu ni, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Masha Allah, merdunya azan Hussain ni. Tenang hati dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia cuba sampaikan luahan hati yang terpendam, lama dia simpan tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Weh merah padam muka Bella. Syok ek korang kenakan Bella, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kakak muka papanya, adik muka mamanya. Cantik anak-anak Ameng.. ” – Komen Netizen

