Connect with us

Artis / Selebriti

” Pengasuh dah lah cantik, suara pun sedap.. ” – Netizen

Video Pengasuh Aafiyah, Dayah Zubit Mengajar Aafiyah Mengaji Surah Ar-Rahman. Suara Dayah Yang Merdu Raih Perhatian Ramai. Dah Lah Cantik, Suara Sedap Dan Pandai Mengaji Pulak Tu !!

Siapa yang tidak kenal dengan anak penyanyi kesayangan Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang bernama Siti Aafiyah Khalid sentiasa mendapat perhatian netizen seperti ibunya. Aafiyah merupakan si cilik yang comel, seindah namanya yang kini kelihatan semakin sihat membesar menjadi kanak-kanak yang riang dan aktif.

Peminat pastinya tidak jemu melihat telatah Aafiyah yang semakin pintar dan manja di laman sosial. Aafiyah juga mempunyai seorang pengasuh khas, Dayah Zubit yang dikenali dengan sikapnya yang lem4h lembut dan penuh dengan ciri-ciri keibuan. Ramai yang suka melihat perkongsian video serta gambar-gambar kemesraan dan keakraban Aafiyah bersama Dayah di Instagram.

Meninjau ke akaun Instagram Aafiyah Khalid yang diwujudkan oleh peminat, telah dikongsikan satu video Dayah yang sedang mengajar Aafiyah membaca surah Ar-Rahman mencur1 perhatian ramai. Aafiyah yang mengenakan baju berwarna putih itu sememangnya seorang anak yang pandai kerana mengikuti bacaan surah yang dibacakan oleh Dayah dengan baik sekali.

Apa yang lebih menarik, suara dayah yang merdu dan lembut mengalunkan ayat daripada surah Ar-Rahman itu menjadi tumpuan ramai. Malah, cara Dayah mendidik Aafiyah untuk cepat ingat dengan mengikutnya membaca ayat suci itu secara berulang kali dalam video itu dipuji ramai.

Jom kita tonton video di bawah :

Aafiyah kelihatan mendengar kata ketika mengikuti Dayah membaca surah itu bacaan sehingga dirinya tertarik dan bertanya untuk mengetahui ayat seterusnya. Video itu mendapat ribuan views dan ramai yang memuji kepandaian Aafiyah dan cara Dayah mengajarnya. Antara komen-komen yang dit1nggalkan :

“ Pandainya Aafiyah.. Bijakkkk.. Dapat pengasuh yg bagus.. Lg bagusss.. Aafiyah comel sgt la.. Pengasuh dah la cntik suara pun sedap.. ”

“ Sedapnya suara dayah.. Pengasuh yg cukup pakej dunia akhirat.. Pandai betul aafiyah.. Kemain lagi menggar0k.. Bagus kakak.. Aafiyah dah baik.. ”

“ Mashaallah comel banget sih.. Beruntung nya Tok Ti dapat pengasuh seperti sebijak dan sebaik Dayah.. Dah ler chantik pandai mengaji pandai pulak mendidik afiah.. ”

“ Terbaekkk.. Afiyah dah sihat ke.. Alhamdulillah.. Cantik dan pandainya Aafiyah.. Love From Bali.. Knpe apiyah tak pkai tudung nk ngaji tu.. ”

Selain mengajar Aafiyah membaca surah, Dayah juga sering mengajak Aafiyah untuk berzikir. Dayah sememangnya seorang yang penyayang dan menjaga Aafiyah seperti anaknya sendiri. Kelihatan Aafiyah sudah terbiasa dengan didikan seperti ini sehingga dirinya dilihat sudah pandai membacakan salah satu ayat daripada surah Ar-Rahman.

Pastinya melihat Aafiyah yang kini sudah pandai menyebut dan membacakan ayat-ayat Al-Quran akan menggembirakan hati ibu dan ayahnya. Dayah sebagai pengasuhnya juga sentiasa mahu berikan yang terbaik supaya Aafiyah membesar menjadi anak yang pandai dan baik. Didoakan semoga Aafiyah membesar menjadi anak yang solehah. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber: IG aafiyahkhalid, dayahzubit

Artikel ini disediakan oleh Berita Kopak. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT