Artis / Selebriti
” Penat Fattah nak kena urus adik paling kecil tu. Duduk tak diam betul, haha.. ” – Komen Netizen
Video Fattah Amin membebel kepada Icha kerana masih lagi memanjat kerusi ketika live buat ramai terhibur. Live hari tu Icha panjat sofa, kali ni panjat kerusi pula. Kan dah kena bebel dengan abang Fattah, hehe..
Semalam sekali lagi, pelakon Fattah Amin bergabung bersama dua orang wakil dari Pak Mat Western iaitu Una dan Icha bersiaran secara live di akaun TikTok. Sebelum itu, di akaun Instagram rasmi Pak Mat Western telah mengeluarkan kenyataan yang sesi live semalam adalah kali kedua dan terakhir untuk Fattah.
Meninjau di entry akaun Tiktok milik blinky_si_racuntiktok dan pakmatwesternhq, telah dikongsikan video yang memaparkan telatah Icha memanjat kerusi. Telatah Icha tersebut telah mendapat teguran daripada Fattah kerana ini sudah kali kedua Icha membuat hal seperti itu. Ketika sesi live sebelum ini Icha memanjat atas sofa.
Kedengaran Fattah berkata kepada Icha tidak manis jika seorang perempuan Melayu suka memanjat kerusi seperti itu kerana ianya melambangkan adab. Seloroh Fattah, dia juga risau jika ada yang mahu masuk meminang Icha nanti akan terkejut melihat gaya Icha seperti itu.
Β
Icha memberi alasan yang dirinya tidak sampai, disebabkan itu dia memanjat kerusi untuk memastikan wajahnya boleh muncul dalam live tersebut. Tambah Icha lagi itu adalah usahanya untuk kelihatan lebih tinggi. Perkongsian video tersebut sehingga kini telah ditonton lebih 360 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini :
@blinky_si_racuntiktok Replying to @138guesthousekeningau rasa nya warning tu xjln,kita nk srius pun xolehhπ« #pakmatwestern #pakmatwesterncafe #fattahamin #fattzura
β¬ original sound – BLINKY SI RACUN TIKTOK – BLINKY SI RACUN TIKTOK
@pakmatwesterncafee Lepas sofa kerusi pula #fyp #foryou #foryoupage
β¬ It’s a peaceful song. Fun, blurry, comical(1252112) – bacon
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur menonton telatah Fattah bersama Una dan Icha ketika sesi live menjual produk kambing perap tersebut. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Penat Fattah nak kena urus adik paling kecil tu. Duduk tak diam betul, haha.. Aku dah tahu dah sebab apa ni last video live Fattah jual kambing.. Penat weh nak kena jaga icha.. “
” Betul lah, adik tu berusaha sbb tu dia manjat kerusi … Jgn merajuk adik oi.. Hahaha kelakar betul tengok live tiga2 orang ni.. “
” Hahahaha dah macam abang sulung bebel dekat adik bongsu.. Tak dengar cakap betul Icha ni.. Pastu dah kena bebel merajuk pula, huhu.. “
” Rosak teruk Fattah sekarang lepas join pakmat.. Hahaha perangai terus jadi random.. Tak sangka pula Fattah kelakar juga orangnya.. “
” Saya amat memahami saiz kecikΒ² ni…. Kalau dh nfon tinggi tu alamat kami ni nmpk dahi jaaa la.. Haha.. Btw best sangat semalam tgk live Fattah dengan una dan ica.. “
” Jenoh Fattah kena urus adik2 perangai comey mcm ni.. Pak mat tolong beli stool dekat Ica kesian tengok dia tenggelam mcm tu.. “
” Hahahaha jangan kata Fattah, sekali aku pun pening.. Penat dah bg warning pun xjalan.. Hahaha tapi kesian juga, sbb memang dia kena panjat sebb tak nampak.. “
Seronok warganet melihat gelagat Fattah bersama Una dan Icha. Gelagat mereka kelihatan seperti seorang abang bersama adik-adiknya. Apa-apa pun terbaik lah Fattah, semoga selepas ini Fattah akan terus maju jaya dalam apa jua bidang yang ingin diceburinya.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok pakmatwesternhq, blinky_si_racuntiktok
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..Β
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Talita dah besar tone suara macam ibu. Suara serak serak macam tu, sebijik tau gaya Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Clean la, suara tak goyang, nafas pun clean. Power betul suara Hafiz, suara telan kaset.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Wah, gender and name reveal. Congrats Aina and Aqief.. ” – Komen Netizen