Connect with us

Artis / Selebriti

” Penari be like ahhh sudah lagi zikir ni, nak nari dangdut ke nak step nasyid ni, haha.. ” – Netizen

Video Di Belakang Tabir Reaksi Leman Band Ketika Nabil Ahmad Dan Jihan Muse Menyanyi Lagu Opening All Stars Gegar Vaganza Buat Ramai Terhibur. Boleh Pulak Nabil Tukar Lagu Lain, Terkejut Leman Band. Yang Penari Pulak Serba Salah Nak Berjoget Dengar Lagu Tu, Haha !!

All Stars Gegar Vaganza antara program realiti yang mendapat sambutan hangat daripada penonton. Selain ingin melihat persembahan selebriti yang bertanding, gelagat pengacaranya, Nabil Ahmad dan Jihan Muse juga disukai oleh peminat setia program ini.

Meninjau akaun Tiktok Doremie69, telah dikongsikan satu video yang memaparkan reaksi Leman Band ketika Nabil dan Jihan membuat persembahan mereka. Penn seperti biasa sentiasa bersedia bersama gitarnya, begitu juga ahli Leman Band yang lain.

Klik gambar untuk info..

Awalnya Nabil dan Jihan menyanyi sebagaimana rehearsal, namun tiba-tiba sahaja Nabil menukar lirik dan menyanyi lagu lain. Terkejut pemuzik, nasib lah Leman Band ini semuanya sudah hebat dan biasa dengan situasi seperti ini, elok senada sahaja muzik dan nyanyian Nabil itu.

Boleh pula si Nabil menyanyi lagu ketuhanan, dah serba salah backup singer dan penari di pentas. Nak menari ke tak, macam tak kena pula menari dengan lagu ketuhanan seperti itu. Pandai Nabil pilih lagu, hampir sama dan buat ramai yang tidak perasan.

Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :

@doremie69

#terima kasih kerna buat aku ketawa yg amat2 dahsyat😂

♬ bunyi asal – Doremi🇲🇾 – Doremi🇲🇾

Hampir 5000 tanda suka telah dicatatkan untuk perkongsian tersebut. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Nabil dengan yakinnya sambung lagu tu haha.. nasib leman band pandai.. jadi seronok dengar tapi kesian ke dancer haha.. insaf weh.. ”

” Akibat kalau pengacara ko pilih nabil dengan jihan.. macam tu la kejadian nye… asal jadi.. selamber je nabil tukar lagu, banyak idea tu.. ”

” Serba salah terus nak sambung menari ke nak lari belakang.. Penat ketawa tak henti tengok video ni.. nasib leman band dah pro haha.. ”

” Penari be like ahhh sudah lagi zikir ni nak nari dangdut ke nk step nasyid ni haha.. adoi ulang-ulang aku tengok.. ”

” Penari tu mula ok je mnari.. bile lgu lain nk mnari srba salah dibuatnya.. Sedap lah pulak dengar, kena je hehe.. ”

Klik gambar untuk info..

” Ke laut dalam perginya haha.. bape kali ulang dah, kelakar la tengok muka Penn tu.. haha.. nabil buat dajal lah.. sempat lagi bagi peringatan tu, bagus.. ”

” Saya pon berdekah-dekah gelak sampai keluar air mata. Berulang-ulang kali tengok.. Dancers terpaling kena naya haha.. ”

Kalau tak buat hal, bukan Nabil namanya. Lawak sungguh Nabil ni tetapi dalam masa yang sama Nabil selitkan sedikit peringatan untuk semua. Pengacara tukar lagu pun, Leman Band tetap steady bermain muzik. Yang penting, pengacara dan pemuzik sama-sama terhibur selepas selesai persembahan.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok doremie69, IG Astro Gempak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT