Connect with us

Artis / Selebriti

” Ni geng laki ja yang pergi rehearsal kan haha. Geng perempuan hancur lagu.. ” – Netizen

Video Finalis All Stars Gegar Vaganza Dan Bunda Hetty Koes Endang Menyanyi Karaoke Berantai Lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia Buat Semua Terhibur. Alamak Nana Je Yang Tahu Lagu Ni, Bunda Pun Bantai Je Nyanyi. Nabil, Naqiu Dan Tomok Paling Function, Haha !! 

Bahang final All Stars Gegar Vaganza semakin dirasai dan semalam ke semua para finalis telah pun diundang ke rancangan MeleT0P. Turut sama menjadi tetamu adalah juri tetap GV, Bunda Hetty Koes Endang. Meriah betul studio MeleT0P dengan kehadiran mereka semua.

Meninjau akaun Instagram MeleT0P, telah dikongsikan beberapa buah posting yang memaparkan gambar para finalis dan bunda Hetty bersama Nabil dan Hawa. Selain ditemuramah dan disoal tentang persiapan untuk menghadapi final nanti, mereka juga turut bermain battle MeleT0P Karaoke Berantai.

Klik gambar untuk info..

Kali ini lagu viral Cintaku Sampai Ke Ethiopia menjadi cabaran untuk segment ini. Dibahagikan kepada team lelaki dan wanita, team wanita perlu menyanyi bergilir-gilir. Sementara team lelaki hanya menjadi backup koir sebagaimana video lagu ini yang viral.

Riuh rendah jadinya kerana hanya Siti Nordiana seorang sahaja yang tahu lagu viral ini. Bunda Hetty tetap cuba mendendangkan lagu ini dengan penuh confident walau pun iramanya kucar kacir. Nabil, Tomok dan Naqiu paling comel, sudah seperti kanak-kanak riang walhal bapak budak.

Jom baca perkongsian di bawah ( video penuh di hujung artikel ) :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

View this post on Instagram

A post shared by MeleTOP (@meletop)

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet dan rata-ratanya terhibur melihat gelagat semua finalis GV ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Hahaha comel je semua trio lelaki Nabil, Naqiu and Tomok senang betul buat keje boleh la jadi back up singer next gv11.. ”

” Terpaling function backup singer yang bertiga tu, siap boleh backup dance lagi.. Yg tahu lagu ni cuma nana & liza jer… yg lain belasah je.. including bunda.. ”

” Tapi yg ni laki function.. geng perempuan semua tak reti.. hahahha hancus lagu.. Naqiu dah macam kanak-kanak riang haha.. ”

” Paling win 2 bapak-bapak tu, terover lah pulak haha.. sejuk je dgr sore Nana.. klu Tomok dh mcm masa dlm newboyz dulu je.. ”

” Mader yang function teruk. naqiu budak sekolah yang buat persembahan haha.. Ni geng laki ja yang pergi rehearsal kan haha.. ”

Klik gambar untuk info..

” Kelam kabut semalam tengok.. tak tahan asyik gelak je haha.. Comel betul duk tolak-tolak siapa nak nyanyi haha.. ”

” Tomok dengan Naqiu comel sangat.. Team perempuan ke laut semua, nana je boleh pakai haha.. berterabur tapi comel hehe.. ”

Macam-macam rentak keluar bila tak tahu irama sebenar lagu ini. Bunda paling lawak, salah pun nyanyi tetap menyanyi. Nabil, Naqiu dan Tomok geng bapak-bapak yang riang ria, hehe. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur.

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Meletop, Youtube Meletop

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT