Artis / Selebriti
” Par4h main terus masuk ni wei. Kali ni telinga Chaan tak berh4ntu.. ” – Netizen
Video Situasi Kalut Team Chaan Dan Leman Band Ketika Slot Ajai ‘Tersingkir’ Dalam Rancangan Big Stage Buat Ramai Terhibur. Adoi Kak Lina Pakai Ikut Suka Je Nyanyi, Terkejut Betul Chaan Kali Ni. Lawak Tengok Chaan Kelam Kabut Cari Key, Haha !!
Rancangan realiti hiburan Big Stage telahpun memasuki minggu suku akhir. Seperti minggu-minggu yang lepas, pasti ada sahaja jenaka yang mencuit hati berlaku ketika live berlangsung. Kak Lina dan Rina menghidupkan suasana dan membuatkan penonton tidak kering gusi dengan gelagat mereka.
Meninjau entry di akaun Instagram Pen Penn, telah dikongsikan suasana di belakang pentas yang memaparkan team musician diketuai oleh Chaan. Jika minggu lalu Chaan berjaya meneka key dengan betul ketika Kak Lina menyanyi lagu Akademi Fantasia, minggu ini lain jadinya.
Ajai menyanyi bersama Rina di atas pentas, manakala Kak Lina pula bertindak sebagai juri. Ibarat membalas dend4m kerana Ajai memberikan 2 markah padanya minggu lalu, Ajai hanya mendapat 1 markah daripada Kak Lina. Sedang Kak Lina memberi komen, tiba-tiba sahaja Kak Lina menyebut 3, 4 dan terus menyanyi.

Chaan dan team di belakang pentas yang sedang ketawa kerana terhibur dengan celoteh Kak Lina tidak menyangka Kak Lina akan menyanyi. Apa lagi, kelam kabut Chaan mencari key apa yang betul. Kena pula Kak Lina terus masuk bahagian chorus, fuh boleh tercabut jantung Chaan, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telahpun mendapat perhatian daripada warganet dan rata-ratanya terhibur melihat keriuhan team Chaan yang selalu kena kej0tan dengan Kak Lina. Pujian harus diberikan kerana mereka sangat profesional. Antara komen-komen yang diberikan :
” Macam-macam drama belakang tuu rupa-rupanya… Kita dekat rumah dengar sedap jer bunyinya haha.. ”
” Tiap minggu ada je kej0tan, mau naik dar4h tinggi.. Par4hhh main terus masuk ni weii haha. Kali ni telinga Chaan tak berhantu.. ”
” Kes1an Chaan and the geng, kelam kabut layan 2 host masuk air ni haha.. Main tibai nyanyi je kepom.. member belakang stage dah cu4k cari key.. ”
” Waktu tengok video kak lina, dekat otak dah fikir nk tengok BTS Chaan haha.. mesti lawak.. Kak Lina tak tahu orang belakang gelabah cari key haha.. ”
” Chaan trauma tak perkataan 3..4.. mesti terngiang, nk tidur, makan, mandi, lepak kena gangguan 3,4 haha.. ”
” Mesti pen4t Chaan nak kejar kak Lina haha. Kak Lina pulak random je.. Tahun ni Chaan and the geng paling kelam kabut.. ”
” Kak Lina sedap taram 3 4, member dekat belakang gelabah cari key haha.. seriuss suka tngok backstage HAHAH kelam kabut dibuat nyaa kak linaa.. ”
” Senang citer korang tak bole leka sesaat laaa .. lina kepom susah dijangka.. dia nak nyanyi dia nyanyiii jehh haha.. ”

Mahu tak terkej0t, tiba-tiba sahaja kira 3, 4 dan Kak Lina Kepom terus masuk chorus. Habis keluar semua key ye Chaan kali ni, hehe. Apa-apa pun, meriah sungguh team musician di belakang pentas. Minggu hadapan entah apa lagi lah kej0tan Kak Lina Kepom. Chaan and team kena standby 3, 4, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Pen Penn, IG Chaan, Tiktok PennBassChannel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga3 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry

