Connect with us

Artis / Selebriti

” Pandainya buka mata tengok Abi dia.. ” – Netizen

Ustaz Don Kongsi Videonya Mentahnik Cahaya Mata Keempatnya. Cerdiknya Baby, Macam Dah Faham Apa Yang Dibacakan Abinya. Comel Sangat !!

Penceramah bebas Don Daniyal bin Don Biyajid atau lebih terkenal sebagai Ustaz Don telah dikurniakan cahaya mata keempat pada hari semalam bersamaan 11 Februari 2021. Hasil perkongsian hidup dengan Husna Zahry Rafie, Ustaz Don sekarang mempunyai tiga orang anak lelaki yang diberi nama Don Mustofa, Don Ibrohim dan Don Sulaiman.

Menariknya anak-anak Ustaz Don mempunyai tarikh lahir yang sama cuma berbeza tahun kelahiran. Mustofa dan Ibrohim mempunyai tarikh lahir yang sama iaitu dilahirkan pada 18 Januari 2014 dan 18 Januari 2016. Manakala Sulaiman dan cahaya mata yang baru pula dilahirkan pada 11 Februari 2019 dan 11 Februari 2021.

Meninjau ke laman Instagram milik Ustaz Don, Ustaz Don telah memuat naik sebuah video di mana Ustaz Don sedang melakukan tahnik untuk anaknya itu. Ustaz Don turut berkongsi cara melakukannya tahnik dengan pengikutnya. Menurut Ustaz Don melakukan tahnik itu huk0mnya sunnah mengikut hadis yang dikongsikan oleh Ustaz Don.

Menurut Ustaz Don lagi, sebenarnya banyak kaedah untuk melakukan tahnik dan semuanya adalah betul. Apa yang dibuat oleh Ustaz Don terhadap anaknya adalah hasil perkongsian daripada Al-Marhum TG Dato Harun Din, TG Ustaz Taufik Mat Husin, Habib Ali Zainal Abidin dan Ustaz Muhadir Hj Joll. Perkongsian daripada ilmu tersebut telah mendapat reaksi positif daripada peminatnya.

Jom tonton video di bawah :

( Kl1k butang KANAN > untuk menonton video seterusnya.. )

Melihat ke ruangan komen, rata-rata peminat Ustaz Don mengucapkan terima kasih atas perkongsian ilmu yang dibuat oleh Ustaz Don. Selain itu juga mengucapkan tahniah atas kelahiran anaknya itu. Antara komen-komen yang dit1nggalkan :

” Terima kasih Ustaz Allahukhbar comelnya.. Eeee ger4m tgk ooo Alhamdullilah Tahniah Buat Ust ustazdondaniyal & Isteri serta seluruh keluarga kalian.. ”  

” Terima kasih ustaz sebab share.. Comel betul baby tu.. Tahniah Ustaz sekeluarga.. Anak soleh InshaAllah.. bestnya ayah sendiri yang tahnik.. “

” Tq sharingnya Ustaz.. MasyaAllah seronoknya dapat baby.. Alhamdulillah.. terima kasih atas perkongsian ilmu ustaz.. “

” Alhamdulillah sy syukur sangat ustaz sudi mai tahnik anak bongsu perempuan sy.. Syifa’ Raihanah.. macam2 ilmu kami dapat sambil ustaz dik tahnik.. “

” Alhamdulillah.. tahniah Ustaz n Isteri.. moga anak ii ustaz semuanya menjadi anak ii yg soleh.. berjaya dunia akhir4t.. Amin.. lebatnya rambut baby… ger4m .. lahir lahir dah cerdik..syukur.. “

” Tahniah Ustaz sekeluarga.. Anak soleh InshaAllah.. masya Allah tabarakAllah.. pandainya buka mata tengok abi dia.. Bijaknya baby ustaz dgr ngaji…  “

” Bertuahnya jadi anak Ustaz Don.. rezeki baby tu.. alhamdulilah tahniah Don dan Husna.. Rezeki hero lagi.. abang2 seronok ler tambah g4ng.. “

Kami di Berita Kopak juga ingin mengucapkan tahniah kepada Ustaz Don dan isterinya Dr Husna di atas kelahiran cahaya matanya yang keempat. Semoga dengan kehadiran cahaya mata baharu ini menjadi penyambung kasih sayang antara Ustaz Don dan Dr Husna serta membawa sinar kebahagian kepada seluruh ahli keluarga. Tahniah sekali lagi dari kami.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Don Daniyal Biyajid

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT