Artis / Selebriti
” Paling sebak bila Ina kata dia rindu, dia peluk baju arwah.. ” – Netizen

Video Perkongsian Ina Naim Mengenai Arwah Suaminya, Suhaimi Saad Buat Ramai Mengalirkan Air Mata. Tabahnyanya Ina, Bercerita Sambil Tersenyum Dan Tanpa Setitis Air Mata. Tetamu Pula Yang Menangis Dengar Ceritanya !!
Meninjau ke akaun TikT0k AisysMom, perkongsian sebuah video yang memaparkan lawatan team AisysMom melawat ke rumah Ina Naim telah meraih perhatian ramai. Mereka datang untuk menyerahkan sedikit sumbangan kepada Ina selepas pemergian suaminya, Suhaimi Saad.
Sejak pemergian Suhaimi, satu persatu kebaikan Suhaimi pada hayatnya mula dikongsikan di media masa. Selain itu, ketabahan Ina selepas pemergian suaminya juga yang dilihat begitu tenang ketika ditemubual oleh pihak media turut menerima pujian ramai.
Ini dapat dilihat sejak hari pertama pemergian suaminya sehingga kini, tidak nampak setitis air mata Ina luruh. Ketika kunjungan tetamu ke rumahnya juga Ina sentiasa mengukirkan senyuman dan bercerita tanpa rasa sebak. Malah tetamu yang datang pula yang mengalirkan air mata.
Perkongsian video ini telah menerima lebih 3 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ternyata Ina seorang wanita yang sangat tabah dan kuat. Tidak semua wanita mempunyai kekuatan seperti Ina apabila suami pergi tiba-tiba tanpa disangka.
Jom tonton video di bawah :
@aisysmomhq Alhamdullilah, dengan izinkan Allah, ladyboss @ryhanmusa dan team aisysmom untuk menziarahi Ina Naim (isteri Almarhum Suhaimi Saad) hari ini di Kota Tinggi. Tabahnya seorang isteri meneruskan kehidupan tanpa suami disisi dengan penuh rasa sabar dan redha bersama anak2. #aisysmomcare #inanaim #suhaimisaad
Di ruangan komen, ramai yang memuji ketabahan seorang wanita bernama Ina Naim ini. Antara komen-komen yang diberikan :
” Insan bnama Diana Naim ni sangat tabah orangnya. paling sebak bila ina kata dia rindu dia peluk baju arwah smbil ckp ” abang dh tinggalkan ina dah.. Allahuakhbar.. “
” Betul la org ckp cantik ni dari dalaman, tanpa secalit makeup pun Ina Naim ni tetap cantik. tabahnya Ina Naim.. sikit PON tk Kuar airmata.. airmata kita yg bergenang.. “
” Nangis tgk video ne.. kuat dan redhanya insan yg bernama ina naim.. mana ye air mata dia ? tk hbis2 dia senyum.ak ni merambu ramba dah air mata .. “
” Tabah betul ina, allahuakhbar , ank2 dia tgk ibu kuat, ank2 pun jd kuat jg.. Yang melawat menangis tu.. kuatnya awak dik Ina.. “
” Knp dia kuat sgt.. senyum tk pernah lekang.. solehah sgt ina naim.. mnjaga aurat.. btl2 terdidik dgn acuan suami yg soleh.. “
” Arw4h SS tunggu bidadari dia ni nantiβ¦ smga Ina Naim terus diberikan ketabahan.. air muka ina naim ni tulus, matang & cantik.. “
” Kuat dia kerana Iman…hasil bimbingan seorang suami. diasuh agar besederhana di Dunia dan besedia utk Alam YG kekal disana.Dunia hny ujian & Pinjman.. “
Ina juga sangat menjaga iddah dan auratnya tanpa mengenakan sebarang solekan di wajahnya. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga segala urusan Ina Naim bersama anak-anak dipermudahkan dan sentiasa tabah dalam menjalani kehidupan tanpa kehadiran seorang suami.
Silakan SHARE..
Sumber :Β Tiktok Aisysmom
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dia buat steward tu dah macam member-member dia je. Tu yang paling kelakar tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menyatakan saya berhias, wife pun bersiap-siap tapi Tiara selekeh, anak tak terurus.. ” – Achey
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Kening tu memang berubah 360 darjah. Amazing sangat lah, berubah muka dia, tak macam Irma.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dulu Eizlan Yusof dah handsome dah, tapi anak dia lagi handsome.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Habis kalau dia kahwin dengan saya, siapa nak jadi bodyguard Dato’ ? ” – Zizan Razak
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Best duet ni, umpama klon suara Siti Nurhaliza dan Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Fuhh, padu betul suara adik ni. Sekali dia tarik memang ada tone Ziana Zain lah beb.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Mesti masa ni Spacedollah dan Mama YB gelak guling-guling. Lurus betul weh, haha.. ” – Komen Netizen