Artis / Selebriti
” Apa ni Shuib, baca jer terus rasa sedih tau. Sebak tengok wajah Matin, teringat arwah Siti Sarah.. ” – Netizen
Perkongsian Shuib Sepahtu Sempena Ulangtahun Kelahiran Anak Ketiganya, Ariq Matin Yang Ke 8 Tahun Buat Ramai Tersentuh. Kata-Kata Shuib Untuk Arwah Siti Sarah Tu Touching Sangat !!
Meninjau di akaun Instagram pelawak dan juga penyampai radio, Shuib Sepahtu telah dikongsikan video yang memaparkan anak ketiganya, Ariq Matin sedang tidur. Video yang dirakamkan oleh Shuib ini adalah sempena ulangtahun kelahiran Matin yang ke 8 tahun.
Tulis Shuib di ruangan kapsyen, video tersebut sengaja dirakamnya kerana mahu menatap wajah Matin sepuas-puasnya dan mahu menyimpan sebagai kenangan. Selain video, Shuib juga menitipkan kata ucapan buat Matin di ruangan kapsyen. Shuib menyifatkan Matin seorang anak yang manja serta berharap Matin menjadi anak yang soleh.
Namun kata-kata Shuib seolah memberitahu kepada arwah isterinya, Siti Sarah yang anak manja mereka sudah besar membuatkan ramai tersentuh. Ada peminat mengatakan melihat Matin terus merasa sedih dan teringat kepada arwah Siti Sarah yang sudah dua tahun kembali ke rahmatullah.

Sehingga kini, video Matin sedang tidur menerima ratusan komen serta belasan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Alahai nyenyaknya Matin tidur, style tidur mata tak pejam rapat. Sekejap betul masa berjalan, sudah besar Matin sekarang.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan, ramai memberikan kata ucapan selamat hari lahir kepada Matin dan mendoakan yang baik-baik buat Matin. Antara komen-komen menarik adalah :
” Apa ni Shuib, baca jer terus rasa sedih tau.. Selamat hari lahir Matin.. Moga Matin jadi anak yang soleh yer sayang untuk ibu, daddy dan mummy.. “
” Semga Martin beserta abg, kakak & adiknya sentiasa dlm jagaan & rahmat Allah di dunia hga akhirat. Smga anak soleh ini akan memimpin tngn2 ibubapanya & keluarga ke syurga Firdaus di akhirat nti.. “
” Matinnnn.. Selamat hari lahir buat matin semoga dlm lindungan Allah swt.. Dilimpahkan rezeki diberikan kesihatan yg baik jdi ank soleh.. “
” Baca jer terus nangis, ingat arwah Siti Sarah.. Matin memang anak manja arwah.. Rindu yang tidak pengakhirannya.. Selamat hari lahir Matin.. “
” Masyallah sebak tgk wajah Matin,t erus teringat ibu… Moga matin bahagia, jd anak soleh,di lindungi dan berjaya dunia akhirat.. “
” Sedih pulak tgk Matin tidur.. Happy birthday hensem boyy.. Makcik doakan yang baik-baik sahaja untuk Matin. Insyallah nanti Matin jumpa ibu di syurga.. “
” Aku nangis beb.. Sanah Helwah hensem boy Matin. Semoga dipermudahkan segala urusan mu anak.. Semoga sentiasa diberi kesihatan n sentiasa diberi kesihatan n dirahmati Allah dunia akhirat.. “
Harta yang sangat bernilai peninggalan arwah Siti Sarah buat Shuib adalah anak-anaknya. Selamat hari lahir Matin. Semoga Matin terus membesar menjadi anak yang soleh buat daddy, ibu dan mummy serta sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shuibsepahtu, sitisarahraissuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti3 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Patutlah Ayash cakap adik Shuib, tengok lah time dia buat muka tu, sebiji bapak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya mungkin tak dapat cari lelaki sebaik Razzi di luar sana.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Akak nurse tahun ni tak perlu ambil cuti, kalau nak cuti just suruh Mek Yun masuk shift je.. ” – Komen Netizen



