Artis / Selebriti
” Orang cakap macam tu pasal ayah saya, saya rasa macam.. ” – Ammar Haikal
Terima komen menggelarkan dirinya sebagai anak seorang banduan, luahan anak Ameng Spring, Ammar Haikal buat ramai tersentuh. Alahai kesiannya Ammar, sampai menangis dibuatnya..
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik whosmeinz, telah dikongsikan dua video yang memaparkan anak penyanyi, Ameng Spring iaitu Ammar Haikal sedang live di TikTok. Menerusi video pertama, Ammar menerima satu komen daripada seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai anak banduan. Walaupun komen itu kedengaran kurang sopan, Ammar tetap tampil tenang.
Menariknya, Ammar tidak menunjukkan kemarahan, sebaliknya membalas komen tersebut dengan penuh berhemah. Sikapnya yang matang dan tidak melatah mendapat pujian ramai. Namun begitu, menerusi video kedua, Ammar dilihat meluahkan rasa sedih selepas membaca komen negatif berkenaan. Katanya, dia sebenarnya sudah biasa menerima kata-kata sebegitu.
Walau bagaimanapun, Ammar mengakui jauh di sudut hati, dia tetap berasa pilu setiap kali perkara itu dibangkitkan. Dia turut mendedahkan bahawa hubungan rapatnya dengan Ameng mula terjalin kembali ketika bapanya menyertai pertandingan Gegar Vaganza beberapa tahun lalu.

Selain itu, Ammar berkongsi pengalaman zaman kecilnya ketika di sekolah rendah. Katanya, dia tidak mempunyai ramai rakan rapat dan lebih banyak menghabiskan masa bersendirian. Pengalaman itu sedikit sebanyak membentuk dirinya menjadi seorang yang kuat dan matang dalam menghadapi cabaran hidup.
Tonton video di bawah ini :
@whosmeinz Kenapa ek org tua/dewasa/dah ada family sibuk nak #cyberbully orang. Dia lupa ke karma tu ada, dia tak fikir panjang ke yg dia tu ada anak yg akan dtg kata2 tu akan makan diri dia untuk family dia pulak. Orang nak cari attention kita kasi viral acc dia lah ek. PLEASE JANGAN MANIPULATE JADI BERITA MEREPEK
@whosmeinz @ammarlaaa._ jangan pernah penat untuk capai impian. Pi lantaklah komen negatif tu semua sbb diaorg tak kan pernah rasa mcm mana perjalnan kita untuk capai tahap skrg yg org nampak hanyalah ketawa tp diaorg tak pernah nmpak struggle kesedihan seorang #AmmarHaikal . 💪🏼 🤜🏼🤛🏼 #triomut TERUS MELANGKAH JAUH TRIO MUT!!
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya turut memberikan kata-kata semangat kepada Ammar. Antara komen-komen tersebut adalah :

Silakan SHARE..
Sumber :TikTok whosmeinz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kakak saya dapat inspirasi dari.. ” – Irfan Haris
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago” Saya tak tahu dia sakit. Saya ingat dia penat, penat yang melampau.. ” – Jaslinda
-
Artis / Selebriti3 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen

