Artis / Selebriti
” Elok lah dua-dua masuk air. Yang belakang jadi mangsa, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Azhan Rani dan Elly Mazlein ketika penggambaran drama terbaru mereka buat ramai terhibur. Bukan yang dalam kereta jer terkejut, dengan netizen sekali terkejut. Dua-dua masuk air, berdekah dibuatnya, haha..
Menerusi akaun Instagram Azhan Rani, perkongsian sebuah video antara babak drama terbaru Azhan dan Elly Mazlein telah meraih perhatian ramai. Drama terbaru mereka berjudul Misi solat lima waktu yang turut menampilkan pelakon cilik, Mikhael Noah.
Babak tersebut dirakamkan dalam sebuah kenderaan di mana Elly dan Mikhael berada di dalamnya. Kemudian Azhan datang dan masuk ke dalam kenderaan tersebut. Apa yang membuatkan ramai terkejut apabila Azhan secara tiba-tiba menjerit ‘I love my job’.
Reaksi Elly dan Mikhael yang begitu terkejut membuatkan ramai tertawa. Tidak berhenti di situ, Elly kemudian membalas jeritan tersebut membuatkan Azhan dan Mikhael pula terkejut. Nasiblah orang belakang sampai dua kali terkejut, hehe.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai yang tidak sabar untuk menantikan drama ini ditayangkan di kaca televisyen. Pastinya cukup menghiburkan dan tidak kering gusi dibuatnya.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang menghiburkan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Nanti kat kk kita ckp “i love hiking” ok x .. Adehhh realiti wehhhh.. bila stat cite ni nk nengok.. kata semangat okkk.. “
” Dua2 masuk aiyak.. I love my job too!!!! Keja childcare kt Sydney hari2 stress tp best.. Terkejuttttt laaa ktee hhahahaa.. “
” Berdarah telinga X adik yg belakang tu ? Ghisau.. last tu ckp ape?? dengar hidung bernanah.. Hahaaa senang buat duit nyer.. “
” Elok la dua2 masuk air.. Hahhaa dapat partner camni stress pun hilang wey.. Yg belakang jadi mangsa.. Hahahaha cite apa ni sumpah lawak .. “
” Haha, level up eaaakkk.. tanjat kita.. kite kene buat cmnie baru x stress keje.. potato…banana.. Hahahaha i love my job.. “
” Aku lagi suka budak belakang tu punya react.. Sakit perot gelak…. Kak lina no syatuuuu mn leh lawan abg oiiiiii.. Hari isnin elok jerit camni bila bukak pintu office .. “
” Tesembor kacang tumbuk dr dlm mulut sy sis.. Ko kan kak hahahahahahah ak xleh la dia niiii.. Ini lebih kpd curhat ni..kesian adik kat belakang tunggu turn dia lak.. “
Kalau mereka berdua digandingkan dalam satu drama, pastinya sangat menghiburkan. Baru satu video ditunjukkan sudah membuatkan ramai tertawa. Kalau tak kelakar memang bukan Kak Lina lah. Mesti sepanjang penggambaran ada sahaja yang menghiburkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Azhan Rani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen

