Artis / Selebriti
” Oo masa tu Bella nangis dan whatsapp my manager.. ” – Bella Astillah
Video Bella Astillah kongsi cerita yang menyentuh hati mengenai anaknya, Ayden Adrean. Sebaknya dengar cerita Bella. hati seorang ibu akan mudah tersentuh bila melibatkan perkara macam ini..
Meninjau di akaun Instagram milik buzzingmalaysia, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual bersama penyanyi dan pelakon terkenal, Bella Astillah. Menerusi video tersebut, wartawan bertanyakan kepada Bella mengenai cara dia mengisi masa bersama anak-anak memandangkan kini jadual kerjayanya semakin padat.
Bella kemudian berkongsi satu kisah yang cukup menyentuh hati mengenai anak sulungnya. Katanya, baru-baru ini dia menerima panggilan telefon daripada Ayden Adrean, yang membuatkan dirinya benar-benar tersentuh dan berfikir panjang.
Menurut Bella, Ayden bertanya mengenai jadual kerja Bella sama ada ibunya itu mempunyai masa untuk menghantarnya ke sekolah. Kanak-kanak itu turut meluahkan bahawa sudah lama Bella tidak menghantarnya sendiri seperti kebiasaan sebelum ini.

Mendengar pertanyaan tersebut, Bella mengakui dia berasa sangat sedih sehingga menitiskan air mata. Katanya, sebagai seorang ibu, perkara kecil seperti menghantar anak ke sekolah sebenarnya membawa makna yang sangat besar, namun kesibukan kerja membuatkan dia terlepas momen itu.
Tonton video di bawah ini :
Walaupun pada hari berkenaan dia mempunyai komitmen kerja, Bella tetap meminta sedikit masa daripada pihak pengurusan supaya dapat menghantar Ayden ke sekolah. Baginya, tiada apa yang lebih penting daripada memenuhi permintaan anak apabila diberi peluang.

Malah, Bella menggunakan momen tersebut sebaik-baiknya dengan menghantar Ayden sehingga ke dalam kelas. Perkongsian itu nyata menyentuh hati ramai dan memperlihatkan sisi keibuan Bella yang tetap mengutamakan anak-anak walaupun sibuk mengejar tanggungjawab dalam kerjaya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG buzzingmalaysia, bellaastillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti7 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dah macam pak Arab yang jual kat Mekah tu. Apa-apa pun, segak dia ni, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pertama kali seorang lelaki served aku makan macam tu yer.. ” – Erma Fatima
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti5 days ago” One day ‘aku nikahkan akan dikau Nur Fatima Aisya’, arghh sedihnya membayangkan detik tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Berdekah tengok bila Cik Lan tolak Dato’ Vida tu, lawak betul.. ” – Komen Netizen

