Artis / Selebriti
” Nyanyi lagu ni pun mendayu-dayu, sama macam ayahnya. Terpegun sekejap.. ” – Netizen
Video Anak Arwah Suhaimi Saad, Ehmad Hadie Elfardie Dan Sallman El-Khoyri Menyanyi Lagu Iklim, Di Pintu Mahligai Raih Perhatian Warganet. Sedap Paduan Suara Dua Beradik Ni. Suara Sallman Sama Macam Suara SS. Merdu Dan Ada Lenggoknya !!
Setelah pemergian arwah Suhaimi Saad, Ina Naim meneruskan kehidupannya bersama 4 orang anak hasil perkongsian hidup bersama Suhaimi. Ehmad Hadie Elfardie, Sallman El-Khoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nurlayla Elghufrony menjadi peneman setia dan pengubat rindu Ina terhadap Suhaimi.
Meninjau satu perkongsian di akaun Tiktok Ina Suhaimi, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Hadie dan Sallman menyampaikan lagu dendangan asal kumpulan Iklim berjudul Di Pintu Mahligai. Paduan suara adik dan abang ini mendapat perhatian warganet.
Suara Hadie kedengaran sudah matang dan sedikit garau. Manakala Sallman pula semakin ‘berlemak’ lenggok nyanyiannya. Komen warganet, suara Sallman tak ubah seperti suara arwah Suhaimi. Lagu balada rock tetapi dibawakan dengan sedikit lenggok nasyid, menarik juga apabila didengar.

Ramai di kalangan warganet yang memuji kelunakan suara Hadie dan Sallman. Ketika arwah Suhaimi masih sihat dahulu, Hadie dan Sallman memang selalu menyanyi secara live bersama bapa mereka ini. Banyak juga persembahan pentas dan lagu rakaman yang telah mereka rekodkan bersama.
Jom tonton video di bawah :
@inasuhaimi78 di pintu mahligai,anak ina niam nyanyi #inanaim #suhaimisaad #anakinanaim #dipintumahligai #sallman #hadie #fyp
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 18 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Sedapnya suara anaj-anak SS dan Ina ni. Anak ina Ada bakat menyanyi, merdu suaranya.. macam arwah suhaimi saad.. ketengahkn bakat ank ina ni.. ”
” Peminat salman hadir.. Sedap suara Salman dn hadi.. teringat mereka kawan ngan ank2 dulu…. 1 TAMAN Masa mereka duk Kelantan.. ”
” Salute walaupun home scooling mengaji pandai… menyanyi puj pandai.. Mak ayah nya hebat.. xsemua parents mampu.. suka tgk family ni..simple tp penuh ilmu.. ”
” Persis Almarhum ayahnya . Allahumma Firlahu Warhamhu Wa’afihi Wa’fuanhu. semoga Kak InaNaim & anak⁴ sentiasa di dalam jagaan Allah swt. Aamiin Ya Mujib.
” Salman nyanyi sama macam ayahnya.. SubhanaAllah.. merdu suara kedua2nya.. terpegun sekejap.. bakat semula jadi.. moga boleh join kumpulan InTeam.. ”
” Di pintu mahligai versi nasyid.. sedap suara 2 beradek ni, bakal ikut jejak ayh ibunya yg pndai nynyi.. terubat rindu pd arwah ss.. ”
” Alahaiii.. nyanyi lagu ni pn mendayu2 erkk, hensem si abg nye.. salman mcm arwah ayah dia.. moga jd ank yg soleh kamu berdua, jaga ibu dan adek2.. ”
Baik Hadie mahu pun Sallman, kedua-duanya memiliki suara yang merdu. Kawalan suara mereka juga agak bagus dan pastinya semua ini berkat tunjuk ajar arwah bapa mereka. Apa-apa pun, semoga bakat yang ada dalam diri Hadie dan Sallman terus digilap supaya dapat menjadi hebat seperti arwah Suhaimi Saad.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ina Suhaimi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti2 days ago” Thank you YB clearkan gosip berkeliaran sehari dua ni. I know YB Saddiq will backup Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Berdekah ketawa tengok Matin. Memang natural bakat seni menurun dari daddy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Macam mana SS layan Ina dulu, itu hasil yang dapat dilihat pada Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Menyempat lagi yer Kak Lina kita buat kelakar. Last tu memang berdekah dengar.. ” -Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Padu teruk gabungan Umai dengan Hafiz. Lunak suara, dua dua ada masterpiece.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mak dia pun sampai keluar air mata ketawa tengok Amayan, kita lagi lah berdekah.. ” – Komen Netizen


