Artis / Selebriti
” Ni baby betul-betul.. ” – Fatima Aisya
Video Reaksi Anak Fazura, Nur Fatima Aisya Apabila Bertemu Baby Nur Hidayah Aisya. Amboi Excited Betul Nyamma Main Dengan Baby Aisya. Comel Part Fatima Kata ‘Ni Baby Betul-Betul’, Sebelum Ni Main Dengan Anak Patung Je. Dah Boleh Jadi Kak Long Lah !!
Nur Fatima Aisya yang merupakan anak sulung kepada pasangan Fazura dan Fattah Amin sememangnya sering menjadi tumpuan ramai. Sudah berusia 3 tahun, Fatima seorang anak yang baik dan cerdik. Mulutnya juga petah bercakap yang membuatkan ramai terhibur mendengar tutur katanya itu.
Meninjau akaun Instagram Fattzuralovelife, telah dikongsikan beberapa buah posting yang memaparkan Fatima berjumpa dengan baby Nur Hidayah Aisya. Dapat dilihat Fatima begitu teruja bertemu dan bermain dengan baby Aisya.
Kata-kata Fatima yang mengatakan ‘ Ni baby betul-betul ‘ membuatkan semua yang ada di situ tergelak. Selalunya Fatima cuma bermain dengan anak patung sahaja di rumah. Fatima juga mengusap dan mencuit-cuit pipi baby Aisya. Nampak sangat Fatima begitu geram pada baby Aisya itu.

Memetik komen warganet, Fatima sudah bersedia untuk bergelar kakak. Pandai Fatima meriba baby Aisya dan tidak kekok. Kalau ada adik sendiri, tentu Fatima akan sayang sangat-sangat pada adiknya. Terserlah sudah sifat penyayang dan protective Fatima menerusi hantaran ini.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alolor kak long Nyamma.. Nyamma nak adil la tu.. nk ada kawan hehe.. Dah ada gaya kakak-kakak tu dah.. ”
” Alololo Nyamma dah ready nak jadi kakak ekk.. Comel je Fatima duk jaga si kenit.. Daddy & mummy cepatlah bagi Fatima adek. Kalau ada adek mesti dia sayang.. ”
” Nyamma dah boleh jaga adik ni. Nampak sifat penyayang bakal kak long Nyamma ni.. Nyamma kata ni baru baby betul-betul..”
” Dah boleh dah ni… kira pass ni, dah boleh jaga adik. Usaha tangga kejayaan mommy and daddy, Fatima dah bg hint tu.. ”
” Happy dia tengok ada baby betul betul.. Wah dah pandai dah ha pegang adik baby. Nampak protective mode Nyamma.. ”
” Nyamma kata ini baby betul-betul hehe.. excited dia dapat pegang baby betul, selalu main toys je.. ada gaya kak long dh tu.. ”
” Alahai pandainya Nyamma jaga baby. cute lah cara Nyamma riba baby tu. Ni kalau ada adik, mahu semua orang tak boleh pegang adik hehe.. ”
Comel sungguh melihat telatah Fatima yang gembira dapat bermain bersama baby. Agaknya Fatima bagi hint pada daddy dan mummy yang Fatima sudah bersedia untuk menjadi kakak. Semoga Allah kurniakan rezeki buat Fazura dan Fattah untuk mendapat cahayamata lagi, Insha Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fattzuralovelife
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti2 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti1 day ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedih sangat part dia minta maaf tu, memang nangis aku. Lembutnya Hussain ni.. ” – Komen Netizen



