Connect with us

Artis / Selebriti

” Comelnya dua beradik ni. Walaupun lagu raya, tetap sedih dengar.. ” – Netizen

Video Throwback Arwah Suhaimi Saad Dan Anak-Anaknya, Ehmad Hadie Elfardie Dan Sallman Elkhoyri Membuat Persembahan Di Atas Pentas Mengundang Rasa Sebak Ramai. Petahnya Hadie Dan Sallman, Tak Kekok Langsung !!

Baru-baru ini, pemergiaan bekas ahli kumpulan nasyid In-Team, Mohd Suhaimi Mohd Saad mengejutkan ramai. Berita tersebut diberitahu sendiri oleh isteri arwah iaitu Ina Naim kepada media. Arwah men1nggalkan empat orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie El Fardie, Sallman El Khoyri, Phyrosh El Fadwah dan Nurlayla El Ghufrony.

Setelah pemergian arwah Suhaimi, banyak kisah yang dikongsikan di media sosial mengimbau kenangan ketika arwah Suhaimi masih hidup. Meninjau di akaun TikTok milih Sumayyah Sakinah, telah  dikongsikan video ketika Suhaimi membuat persembahan bersama dua anak lelakinya, Hadie dan Sallman.

Klik gambar untuk info..

Difahamkan video ini dirakam ketika Hadie dan Sallman masih kecil. Sebelum membuat persembahan Hadie serta Sallman berborak bersama para penonton. Kepetahan dua beradik ini bercakap membuat warganet kagum kerana mereka dilihat sangat berani.

Selepas itu, Suhaimi muncul mengenakan busana baju Melayu warna sedondon. Mereka mendendangkan lagu raya bertajuk Suasana Hari Raya. Perkongsian video tersebut turut mengundang rasa sebak yang menontonnya. Ada yang mengatakan meskipun lagu raya, nyanyian arwah membuat mereka merasa sedih.

Tonton video di bawah ini :

( Sila tunggu seketika jika video lambat keluar )

@azurenmuazam

lumrah manusia.bila dah tiada baru tercari cari..lama dh video ni..15thn yg lalu..suara anak2 arwah sedapp mcm arwah ayahnya juga.. #suhaimisaad #alfatihah #nasyidmalaysia #tiktokmalaysia #inanaimsuhaimisaad #hasbunallahwaniqmalwakil #anwaribrahim #kerajaanperpaduan #pmx

♬ original sound – SumayyahSakinah – SumayyahSakinah

Di ruangan komen, rata-rata tersentuh menonton bersembahan arwah Suhaimi bersama anak-anaknya dan memuji kepetahan Hadie dan Salman ketika bercakap. Antara komen-komen menarik adalah :

” Comelnya dua beradik ni. Walaupun lagu raya, tetap sedih dengar.. Arwah ss hebat dlm mendidik anak2, raya 2024 pasti semua merinduinya.. “

” Guru vokal,guru agama, prsnl teacher, pndai mnjahit, pndai masak, pndai agma, suara sedap, pandai jaga wife anak2.. Pttlah Allah jmput awal. Alfatihah.. “

” Hadi ikut muka Ina.. Salman macam SS gaya pun dah macam SS.. Rindu2 blh lah tgk Salman. Smga menjadi anak yg soleh.. “

” SubhanAllah. Bertuah ibubapa pya anak2 mcm ni. cute betul Salman. Alfatihah buat SS.. Contoh bapa yg baik kpd anak ” semoga gadis “carilah suami yg menghargai isteri seperti Suhaimi Saad.. “

” Anak soleh pintar bijak berani tampil yakin didikan arwah dan Ina Naim.. Al fatihah buat arwah Suhaimi, moga arwah tenang di sana.. “

” MashaAllah, Tabarakallah, Alhamdulillah comel sangat anak arwah ss semoga berjaya dunia akhirat.. Al fatihah (dibaca) Suhaimi Saad syurga buatmu.. “

” Sebak tengok video ni, tak sangka anak2 ni jadi ana2 yatim.. Hebatnya ajaran arwah ayah kamu anak2.. Semoga kamu menjadi anak yang soleh.. “

Klik gambar untuk info..

Lunak dan merdu suara anak beranak ini. Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya Suhaimi mempunyai kumpulan nasyid sendiri yang dianggotai oleh mereka sekeluarga bernama Bismillah. Banyak lagu-lagu nasyid dan lagu bertemakan ketuhanan yang dirakam oleh mereka serta salah satunya adalah lagu bertajuk Keagungan Tuhan.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok azurenmuazam, ness_panas

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT